Tuesday 7 July 2015

PM Najib Sebagai Liability Kepada Negara dan Dunia


PM Najib sudah dianggap sebagai liability bukan sahaja kepada Malaysia tetapi juga kepada dunia luar kerana Malaysia adalah juga salah sebuah dari negara2 commonwealth dan juga oic selain asean yang sepatutnya bersifat bersih selaku negara Islam.
Sebab itulah beliau sangat2 dianjurkan supaya mengambil langkah bercuti serta merta bagi memberikan laluan siasatan bebas dijalankan terhadap tuduhan skandal kewangannya.
Jika beliau didapati bersalah, beliau hendaklah menerimanya sebagai seorang negarawan yang bertanggungjawab.
Jika sebaliknya, beliau boleh terus menyambung semula tugasnya.
Pada masa ini barulah segala yang telah dibuktikan itu menjadi jelas kepada rakyat.
Kita tidak marah dan benci kepadanya kerana beliau bernama 'Mohd Najib Bin Abdul Razak' sepertimana di dalam kad pengenalannya tetapi kita marah kerana beliau ialah perdana menteri kita. Maknanya kita bukan marah kepada tubuhnya tetapi kita marah kepada perangainya.
Sebab itu saya sendiri pun tidak menyukai kepada komen2 yang melampaui batasan atau terlalu menyentuh peribadinya.

No comments:

Post a Comment