Friday 3 July 2015

GST Dan Kesan Buruknya Secara Langsung

  • WanYusoff WanAhmed Sistem percukaian dulu SST mencukai orang2 kaya melalui barang2 mewah dan menggunakan cukai tersebut utk membantu orang2 miskin dgn buat rumah murah dsb. Sistem SST sangat berkesan kerana dgnnya negara boleh dibangunkan tanpa masalah termasuk projek2 mega KLCC, KLIA dsb. Disamping itu ianya selaras saranan Islam utk mengutip cukai dari si kaya utk bantu si miskin. Sistem GST mencukai semua orang dan memberi kesan parah kpd golongan marhaen yg sebelum hidup kais pagi nakan pagi. Kalau dulu depa belanja 2000 sebulan kini kena belanja 120 lagi tambahan. Ini saja sudah membebankan mereka sebanyak 1440 setahun. Hampir sama dengan cukai pendapatan orang bergaji 3.5k sebulan. Dalam fb ini saja sudah puluhan ribu orang mengeluh dan mengadu sejak April. Banyak aduan dan keluhan itu bukan spin tapi penderitaan rakyat. Kalau turun padang tanya rakyat lagi banyak keluhannya. Kita nak marah2 dan nafikan sajakah benda ini? Kerajaan yg bertanggung jawab perlu menjiwai keluhan rakyat marhaen kan?
    Pagi ini saya pilih komen ini untuk diterbitkan ke dalam blog saya ini.
    Komen ini sangat menarik bagi saya kerana kesan negatif GST sememangnya ada berlaku keatas masyarakat biasa yang hidup mereka mencari rezeki melalui perniagaan kecil2an.
    Sebelum GST dikuatkuasakan, harga jualan sesuatu produk franchise yang dijual contohnya RM2.00 sahaja untuk satu keping. Jualannya laris dan memberi keuntungan yang memadai untuk peniaga ini menyara keluarga.
    Apabila GST dikuatkuasakan, pihak pembekal atau franchisor terpaksa menaikkan harga bahan dan harga jualan pun ditetapkan oleh franchisor pada harga baru iaitu RM2.50 sekeping. 
    Harga ini telah menyebabkan hasil jualan berkurangan dengan ketara sehinggalah peniaga atau franchisee ini terpaksa menghentikan perniagaan kerana setiap hari mengalami kerugian.
    Putuslah mata pencarian peniaga kecil2an ini dan beliau pun terpaksa mencari2 kerja lain.
    Saya mendapat tahu ramai lagi kaum sepertinya mengalami nasib yang sama.
    Oleh itu, saya bersetuju apabila sistem percukaian baru yang diperkenalkan ini iaitu GST dianggap sebagai sistem yang tidak adil dan menekan rakyat. Bagi mereka yang bergaji besar atau berniaga besar mungkin kesannya tidaklah dirasai sehingga menjejaskan mata pencarian mereka tetapi ianya adalah sebaliknya bagi orang2 yang bergaji kecil atau berniaga kecil2an.
    Semoga tekanan pihak pemerintah keatas rakyat ini dapat dihapuskan selepas PRU14 apabila kerajaan bertukar tangan.

No comments:

Post a Comment