Monday 13 July 2015

Orang Melayu dan Low Yat (Bahagian 2)

Kejadian di Low Yat telah mengundang pelbagai persepsi masyarakat.
Ada yang percaya bahawa sememang puncanya dari seorang remaja melayu yang melarikan handphone dan mengambil sikap bahawa itu adalah jenayah.
Ada yang percaya seperti itu juga tetapi menganggap perbuatan itu bukan lagi penting tetapi penipuan dan keangkuhan peniaga2 cina selama inilah yang lebih utama. Golongan ini mengambil sikap bahawa kejadian mencuri itu hanyalah sebagai pencetus yang ditunggu2 sahaja.
Ada juga yang langsung tidak percaya bahawa remaja melayu itu mencuri sebaliknya ditipu walaupun pihak polis sendiri yang mengesahkannya.
Itulah secara kasar dan ringkas perbezaan pendapat yang terpancar dari Facebook yang menggambarkan sikap yang berbeza2 dikalangan orang2 melayu.
Saya berpendapat golongan kedualah yang mempunyai kelebihan dan alasan yang paling munasabah. Mereka lebih tahu mengapa rusuhan itu terpaksa juga dilakukan walaupun ianya melanggari undang2. Mereka adalah melayu2 Kuala Lumpur yang lebih merasai tekanan hidup berbanding melayu2 yang tinggal di kampung2 berjauhan.
Itulah kelebihan yang ada pada mereka sebagai orang bandar.
Namun mereka lupa bahawa mereka juga mempunyai kelemahan tradisi sebagai orang melayu. Kelemahan inilah yang telah menyebabkan peniaga2 cina mengambil kesempatan keatas orang2 melayu Kuala Lumpur.
Setiap kali brand baru handphone keluar, maka berduyun2 dan berebut2lah orang2 melayu Kuala Lumpur ini ke pusat2 jualan termasuk di Low Yat ini. Kalau boleh hari ini keluar hari ini jugalah hendak ditukarnya walaupun yang lama itu masih elok dan memadai.
Menggunakannya bukanlah penting tetapi merasa bangga menjadi utama terutamanya apabila pulang ke kampung sekali sekala sambil membawa kereta baru.
Mereka juga lupa dan tidak sedar bahawa mereka pulang itu pun kerana mereka adalah 'melayu' dan bila disebut 'melayu', secara otomatik dan sinonim mereka adalah orang2 yang berasal dari kampung, bukan bandar.
Pulang semata2 untuk melepas rindu terhadap ibubapa dan sanak saudara yang tidak pernah berpeluang berkunjung ke Low Yat, kompleks membelibelah kebanggaan mereka itu.
Selamat Hari Raya Aidil Fitri.
Maaf Zahir & Batin.


http://www.freemalaysiatoday.com/category/videos/2015/07/13/handphone-salesman-not-a-liar-says-igp/

No comments:

Post a Comment