Saturday 8 August 2015

Memorandum Rakyat Malaysia


Dengan Nama Allah, Maha Pengasih Lagi Penyayang. Daulat Tuanku, ampun Tuanku ke bawah DYMM Sultan Ibrahim Ibni Almarhum Sultan Iskandar Al Haj, Sultan dan Yang Dipertuan bagi Negeri dan Jajahan Takluk Johor Darul Takzim. Kami rakyat Malaysia mempersembahkan memorandum ini ke bawah Duli Tuanku agar dapat dipersembah kepada DYMMSPB Yang Dipertuan Agong serta Majlis Raja-Raja Melayu, memohon dan merayu bijaksana Duli Tuanku untuk menggugurkan jawatan Perdana Menteri DS Najib Razak dilaksanakan segera. Jika perlu kepada pembubaran Parlimen Malaysia ke-13 maka lakukanlah, memandangkan kami hamba rakyat sudah hilang kepercayaan kepada pentadbiran Perdana Menteri DS Najib Razak. Berikutan perkembangan di dalam politik semasa negara, kami rakyat Malaysia sudah hilang kepercayaan kepada Demokrasi Berparlimen dan mengharapkan Raja-Raja Berperlembagaan mengambilalih pemerintahan buat sementara waktu, sehingga demokrasi pulih semula. Sekian ampun Tuanku. (Share & viral memorandum ini)

No comments:

Post a Comment