Thursday 20 August 2015

Orang Pasar dan Bahasa Pasarnya

Tadi saya masuk ke pasar semerak
Orang dalam pasar tanya saya macam mana sebenarnya senario politik pada masa ini
Serba salah juga saya nak jawab sebab saya bukan orang politik dan bukan juga wakil rakyat
Jadi untuk tidak hampakan mereka
Saya jawab
Keadaan sekarang berat
Jika najib terus ada
BN akan tumbang pada pilihanraya yang akan datang
Salah seorang bertanya
Kalau bn jatuh sapo memerintah?
Saya jawab cina dap
Dia tanya lagi
Kalau cina memerintah macam mana nasib orang2 melayu
Saya jawab
Kita akan jadi macam melayu singapura
Ada dengar melayu singapura ada masalah?
Dia jawab
Takdak abe lek
Saya pun tanya
Tau bakpo takdak?
Dia jawab tak tau
Saya kata
Sebab kerajaan singapura langsung takdak rasuah
Mereka semua bersetuju bahkan ada yang berkata
Ambo dulu pun pernah kerja di singapura
Bersih sungguh tempat dia
Tempat kita kalau bawa pampers nak gi tohok pun letak atas bonet belakang
Bila jatuh bertabur tak gostan kutip balik
Saya senyum dan beredar walaupun pampers jatuh tiada kena mengena dengan suasana politik semasa
Itu tanda sekurang2nya mereka faham tentang perbezaan negara kita dan singapura.

No comments:

Post a Comment