Saturday 8 August 2015

Malaysia Tanpa Rasuah

Tanda2 tiada rasuah berlaku dalam negara :-
1) Pelajaran - percuma sepenuhnya dan sekolah serta guru2 mencukupi
2) Kesihatan - percuma sepenuhnya dan hospital serta ubat2an dan kakitangan mencukupi
3) Lebuhraya - percuma sepenuhnya dan mencukupi sehingga tiada lagi jam kecuali dalam kes2 kemalangan sahaja
4) Bekalan Air - Berbayar dan mencukupi tapi kadarnya murah
5) Bekalan Api - Berbayar dan mencukupi tapi kadarnya murah
6) Peluang Pekerjaan - mencukupi untuk rakyat dengan tangga gaji yang berpatutan
7) Tiada Isu Perkauman kecuali yang remeh temeh sahaja
8) Tiada Isu Agama kecuali yang remeh temeh sahaja
9) Keselamatan Negara terjamin pada setiap masa
10) Keselamatan Dalam Negeri terjamin pada setiap masa
11) Kedaulatan Undang2 sentiasa diperkasakan
12) Hasil Mahsul Negara diuruskan dengan telus
13) Perbendaharaan Negara diuruskan dengan amanah dan jujur
Sila tambah jika ada lagi
Bolehkan negara kita mencapai tahap itu satu hari nanti?
dan dunia luar pun melihat kita sebagai sebuah negara yang benar2 bebas rasuah dengan mempunyai bangunan2 SPRM yang besar dan cantik?
Bagi saya rasuah ialah musuh negara nombor satu
bukan dadah bukan komunis dan bukan anasir2 luar
jika dibiarkan negara akan hancur
sepeti anai2 yang memakan kayu rumah

No comments:

Post a Comment