Thursday 13 August 2015

Pertubuhan Keturunan Paduka Raja Cik Siti Wan Kembang Malaysia - Bai'ah Taat Setia


Pada 27hb Julai 2015 yang lalu bertempat di Kuala Lumpur, berikut ialah susunkata bai'ah taat setia seluruh ahli Pertubuhan Keturunan Paduka Raja Cik Siti Wan Kembang Malaysia. Dibaca oleh Pengerusi Majlis iaitu YM. Dato Seri Setia Laksamana PR Nik Ahmad Zulhilmi Bin Nik Mohamad diikuti oleh seluruh ahli.
Bai'ah ini menjadi acara kedua selepas nyanyian lagu NegaraKu.

Pertubuhan Keturunan Paduka Raja Cik Siti Wan Kembang Malaysia atau PRCSWK
Bai'ah Taat Setia
(Berdiri dan angkat tangan kanan ke paras telinga)

Dgn nama Allah Yg Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang.
Selawat & Salam ke atas Junjungan Besar Nabi Muhammad S.A.W. serta para Sahabat.
Dgn Ini,
Kami seluruh Ahli Pertubuhan Keturunan Paduka Raja Cik Siti Wan Kembang Malaysia,
Melafazkan bai'ah taat setia kepada Raja-Raja & Pemerintah,
Serta akan mempertahankan Institusi Raja-Raja Melayu serta sekaligus mempertahankan orang2 melayu & bangsa2 lain amnya hidup berbilang bangsa & berbilang ugama,
Berpaksikan,
Mempertahankan Ilmu Warisan Pusaka, Adat Istiadat & Kebudayaan Negara,


Dirgahayu Tuanku,
Dirgahayu Tuanku,
Dirgahayu Tuanku,


"Di Mana Bumi Dipijak,
Disitu Langit Dijunjung"

No comments:

Post a Comment