Sunday 9 August 2015

Pertubuhan Keturunan Paduka Raja Cik Siti Wan Kembang Malaysia atau PRCSWK


InsyaAllah jika segala-galanya berjalan lancar, Pertubuhan ini akan membina sebuah Kota Warisan Ilmu di Labok, Machang, Kelantan.
Seorang arkitek bertauliah telah pun dilantik untuk mengemukakan cadangan rekabentuk kompleks yang akan dibina di atas tapak seluas satu ekar.
Selain daripada galeri, kompleks ini akan juga dilengkapkan dengan sebuah dewan atau teater, taman, rumah-rumah penginapan tetamu atau pelawat dan lain-lain kemudahan yang sesuai dan berkaitan.
Perasmiannya dijangka akan disempurnakan oleh KDYMM al-Sultan Kelantan.
Apabila siap nanti, Kota Warisan Ilmu ini diharapkan menjadi satu lagi mercu tanda dan pusat tarikan pelancung di negeri Kelantan. Ianya juga akan menjadi sebuah pusat ilmu bagi mana-mana universiti atau pusat pengajian tinggi baik dalam negara mahu pun luar negara datang melakukan kajian dalam bidang sejarah keturunan Paduka Raja Cik Siti Wan Kembang.

Selain Kota Warisan Ilmu, ibu pejabat Pertubuhan akan juga dibuka di Kuala Lumpur.
Ibu pejabat baru ini dijangka akan dirasmikan pembukaannya oleh Duli YTM Raja Muda Perlis.
Rundingan sedang dijalankan untuk mendapatkan perkenan baginda.

Semoga dengan adanya kedua-dua Kota Warisan Ilmu dan Ibu Pejabat ini, segala aktiviti Pertubuhan akan berjalan lancar sekaligus memberikan manfaat kepada negara ini secara tidak langsung.

No comments:

Post a Comment