Sunday 14 June 2015

Tun Dr M dan Kritikan-Kritikannya

ramai orang umno masih sayangkan parti ini
mereka bukan membenci parti ini tetapi muak dan meluat dengan pemimpinnya yang banyak menimbulkan masalah
walaupun ramai yang tidak faham secara mendalam tentang isu2 yang ditimbulkan
namun mereka menjadi sekurang2nya was2 dan tidak yakin
ambil wudhu' pun kalau kita was2 kena turun ambil semula
inikan pula isu2 yang melibatkan berbilion2 wang negara
pada tun dr m contohnya
mereka pun bukan juga mahu menyokongnya
tetapi oleh kerana tun bukan orang yang sudah nyanyok
bukan orang bercakap dan bernyanyi sorang diri sambil berjalan
bukan orang yang tiba2 berjalan secara gostan
bukan orang yang solat subuh dalam waktu isya'
maka orang tetap yakin beliau masih waras dan berpengalaman dalam urusan pentadbiran negara selama 22 tahun menjadi pm
walaupun usianya sudah menjangkau 80 tahun
oleh itu
pm najib harus segera melakukan sesuatu dengan berkesan sebelum terlewat
jangan mengharapkan orang2 lain melakukannya bagi pihak kita
jangan juga menyerang balas tun dr m dengan menggunakan tv3
kerana perbuatan2 seperti itu hanya memakan diri sendiri akhirnya

No comments:

Post a Comment