Tuesday 30 June 2015

BN dan Rasuah Berpisah Tiada

Apabila saya menulis dan menyentuh parti DAP, saya sentiasa tekankan isu rasuah sebagai sesuatu yang ada kaitan rapat dengan usaha parti ini untuk menghapuskannya.
Saya juga sentiasa mengambil contoh Singapura sebagai sebuah negara yang telah berjaya dalam usahanya menghapuskan gejala rasuah secara total.
Hanya inilah yang menjadi sudut atau fokus saya.
Saya tidak mengambil apa2 yang lain selain daripada itu sebagai sesuatu yang lebih penting.
Saya tidak mahu menyentuh tentang sejarah parti yang memerintah Singapura contohnya.
Bagi saya, itu tiada kena dengan konteks yang saya maksudkan iaitu usaha penghapusan rasuah.
Bagi saya, saya mahu terus consistent dengan pandangan peribadi saya bahawa gejala rasuahlah yang telah menjadi masalah paling utama dalam negara Malaysia dan saya ingin terus mempertahankan pendapat peribadi saya ini.
Gejala rasuah dikalangan pemimpinlah punca sebenar dan utama kepada semua masalah yang sedang dihadapi oleh rakyat negara ini sekarang.
Ianya sudah menjadi seperti barah yang memakan sel dan tisu yang tidak boleh diubati walau dengan apa kaedah atau ubat2an pun lagi kecuali memotong dan membuangnya.
Begitu jugalah dengan kerajaan yang memerintah pada hari ini.
Tidak ada jalan lain lagi jika kita mahukan gejala ini dihapuskan kecuali menyingkirkan establishment yang ada ini dan menggantikannya dengan yang baru kerana dengan kerajaan yang ada ini sampai bila2 pun gejala ini tidak akan terhapus atau berkurangan.

No comments:

Post a Comment