Saturday 6 June 2015

PM Najib dan PRU14

Tidak pernah berlaku sesengit ini kritikan terhadap mana-mana Perdana Menteri Malaysia sebelum ini dan hubungkaitnya dengan mana-mana GLC tetapi PM Najib dikritik dan dikecam hebat dalam hubungkaitnya dengan 1MDB sehingga isu Al-Tantuya pun tenggelam.
Mengapa 1MDB menerima kritikan sebegitu keras dan hebat sehingga PM Najib pun didesak berhenti?
Mengapa sebelum ini tiada mana-mana GLC dikritik seperti ini?
Contoh
PNB
TNB
Petronas
TM
KTM
dan lain-lain.
Ini bermakna bahawa segala urusan oleh badan-badan lain di atas itu berjalan dengan baik sehingga tiada apa yang boleh dikritik walaupun urusniaga mencapai tahap berbilion-bilion ringgit juga.
Ini juga bermakna bahawa jika 1MDB pun diurus dengan baik sudah tentu tiadalah juga kritikan yang akan diterima oleh PM dan pengurusan tertinggi badan ini.
Ini akhirnya bermakna bahawa sudah jelas 1MDB merupakan sebuat entiti yang bermasalah.
Memberikan alasan bahawa laporan kewangan 1MDB tidak dibaca maka itulah sebabnya orang tidak faham tentang urusan 1MDB bukan lagi menjadi relevan.
Orang ramai sememangnya tidak membacanya sepertimana juga tidak membaca laporan kewangan badan-badan yang lain itu tetapi tidak pernah mencurigai dan mempersoalkan urusannya kerana tahu dan yakin tiada keraguan tentang urusan kewangannya berpandukan kepada tiada pihak atasan yang mempersoalkannya.
Oleh itu, PM Najib hendaklah bertanggungjawab sepenuhnya terhadap keresahan rakyat.
Beliau hendaklah menanganinya sendiri kerana isu ini sudah menjadi isu negara yang terbesar pada masa ini.
Kegagalan beliau menanganinya dengan berkesan boleh mengakibatkan parti UMNO dan BN kalah teruk dalam PRU14 nanti.

No comments:

Post a Comment