Tuesday 30 June 2015

DAP dan Orang Melayu

UMNO ialah parti berasaskan orang melayu.
MCA ialah parti berasaskan orang cina.
MIC ialah parti berasaskan orang india.
Ketiga2 parti ini adalah komponen utama BN.
PAS ialah parti berasaskan orang melayu juga sepertimana UMNO.
Keempat2 parti utama ini tidak boleh menerima masuk selain dari kaum asasnya itu.
PKR ialah parti untuk semua kaum.
Pada awal penubuhannya pun sudah diasaskan begitu.
DAP ialah parti untuk semua kaum juga.
Selama ini parti ini dianggap seolah2 untuk kaum cina sahaja.
Tetapi sejak akhir2 ini parti ini telah membuka pintu dengan seluas2nya kepada semua kaum termasuk orang2 melayu.
Ini membawa makna bahawa pada awal penubuhannya pun ianya tidak diasaskan untuk satu kaum sahaja iaitu kaum cina.
UMNO dan BN memerintah pusat dan beberapa buah negeri.
PAS memerintah negeri Kelantan.
PKR, PAS dan DAP memerintah Selangor.
DAP, PKR dan PAS memerintah negeri Pulau Pinang.
Inilah parti2 terbesar di sebelah Semenanjung Malaysia.
Parti2 yang aktif dalam politik semasa tanah air.
Parti2 inilah yang setiap hari berebut2 menambah sokongan rakyat Malaysia
dan parti2 inilah yang boleh menentukan halatuju serta nasib masa depan negara.
Rakyat Malaysia berhak dan bebas memilih mana2 parti yang diingininya.
Tiada paksaan dan tiada sekatan.
Sekarang rakyat Malaysia ramai yang sudah melihat parti2 seperti UMNO, MCA, MIC, PKR dan PAS tidak lagi serelevan dulu.
Masing2 parti ini menghadapi pelbagai masalah dalaman dan luaran sejak akhir2 ini.
Sesetengahnya sudah mencapai tahap diluar kawalan terutamanya UMNO.
Oleh itu, sebuah parti alternatif dicari2 untuk dijadikan sandaran dan harapan bagi memulihkan semula semua perkara yang menjadi tidak betul dan bercelaru.
Sebuah parti yang dirasai boleh dan mampu melakukan satu usaha yang tidak pernah mampu dilakukan oleh pemerintah selama ini.
Iaitu menjadikan gejala rasuah sebagai tugas utama untuk dihapuskan.
Bermula dari peringkat tertinggi pemerintahan sehinggalah ke akar umbi.
Pada masa ini DAP dilihat mampu jika rakyat negara ini sanggup memberikan peluang kepada parti ini.
Ini berdasarkan kepada rekod parti ini yang dilihat belum pernah bergelumang dengan masalah dalaman yang serious dan juga ketiadaan amalan rasuah dikalangan kepimpinan parti.
Saya harap analisa ringkas saya ini boleh membuka mata dan minda orang ramai.
Samada mahu menyokong parti ini dalam PRU14 nanti atau pun tidak, itu adalah soal yang lain.
Yang penting ialah mencari sebuah parti lain kerana itu sahajalah jalannya jika kita mahukan perubahan yang berkesan keatas negara.
Jika tidak, seratus tahun lagi pun, rasuah akan kekal dengan tidak diistiharkan sebagai musuh nombor satu negara sepertimana yang dilakukan Singapura walaupun bangunan2 SPRM dibina tersergam indah.
Sekian.

No comments:

Post a Comment