Tuesday 23 June 2015

PAS dan DAP

pada kebiasaannya
tetamu yang datang ke rumah kita hanya akan mengisi ruang tamu
kecuali ahli keluarga
tetamu ini akan duduk samada bersila atau di atas sofa dengan sopan sambil senyum
kita pun berborak2lah dengan tetamu kita ini
bertanya khabar dan bercerita2
tetamu ini akan dihidangkan air dan juadah
kecuali dibulan puasa
setakat itu sahajalah ruang untuk tetamu ini
habis2 pun dia akan minta ke tandas jika terasa hendak buang air kecil atau senak perut tersalah makan
dan itu pun kita yang akan membawanya kerana takut tersalah masuk ke dapur atau bilik tidur kecuali ada papan tanda 'tandas'
lebih dari itu tetamu kita tidak akan masuk
apabila berbual2 pula
sudah tentu tetamu kita ini akan bercakap tentang perkara2 yang baik sahaja
nak2 jikalau dia tengok juadah di depannya sedap2 dan menyelerakan
itulah amalan biasa sebagai tetamu
dia tidak akan kata contohnya
'karpet awak ni buruk dan tak cantik dah, tukarlah hak lain bila tokseh karpet mari nanti'
atau
'sofa rumah awak ni dah buruk, duduk pun tak selesa'
kerana sudah tentu kita akan kecil hati dan tidak mahu layan tetamu itu lagi
namun
sebaliknya yang telah berlaku apabila lim kit siang datang dulu ke negeri kelantan
dia lupa bahawa kelantan ini ibarat rumah orang dan dia hanyalah tetamu sahaja
sebab itulah bagi saya secara peribadi
sebelum PAS buat keputusan untuk bercerai talak tiga dengan DAP
sebenarnya PAS belum betul2 mahu bercerai lagi
tetapi selepas lim kit siang datang dan berlagak melebihi tuan rumah
maka sebab itulah PAS pun terpaksalah membuat keputusan tegas bercerai itu
mad yaacob bukan malaikat
dia tetap manusia biasa yang ada perasaan
oleh itu
apabila lim kit siang menegur karpet rumah mad yaacob buruk
sudah tentu mad yaacob terasa sedangkan mad yaacob tak pernah pun ke pulau pinang dan menegur apa2 di sana
mad yaacob pun mengadu kepada bos dia haji hadi
kata mad yaacob
'kalaulah dia datang masuk negeri ambo pun dia berani kosek itu ini, bayangkanlah nanti'
oleh itu sebagai kesimpulan,
lim kit siang hendaklah sedar bahawa punca sebenar maka PAS ceraikan DAP adalah disebabkan perbuatan melampaunya sendiri
akibatnya
punahlah buat sementara agenda pakatan untuk menumbangkan BN dalam PRU14 ini
kecuali mampu melakukan sesuatu untuk memperbaiki semula pakatan yang sudah punah itu
saya ragu2 ianya boleh dicapai
pertama
kerana nak bercina buta bukan senang
kedua
masa yang ada sudah tidak banyak kerana sudah banyak telah dibuang dengan sia2 sebelum ini

No comments:

Post a Comment