Monday 29 June 2015

Orang Melayu Dibawah Pemerintah Orang Cina - Suatu Analisa Ringkas dan Kemungkinan

Dari segi ekonomi,
orang cina sudah lama jauh lebih maju dari orang melayu.
Dari segi pelajaran,
orang cina sudah lama jauh lebih maju dari orang melayu.
Dari segi menyimpan masa,
orang cina sudah lama jauh lebih rajin dari orang melayu.
Dari segi lepak dan rempit dan dadah,
orang cina peratusnya hampir tiada yang terlibat dalam gejala sosial ini.
Dari segi rasuah,
orang cina tiada yang terlibat dari kalangan pemimpin utama parti mereka terutamanya DAP.
Dari segi politik,
sememangnya orang cina tidak dominan dan inilah sahaja satu2nya kuasa dan kelebihan yang dipusakai zaman berzaman yang ditinggalkan oleh British melalui Queen Elizabethnya untuk orang2 melayu.
Namun,
disebabkan kerakusan kuasa dan rasa tamak haloba orang2 melayu sendiri,
tidak mustahil satu hari nanti kuasa politik ini akan terhakis dan bertukar tangan.
Pemerintah pun tahu senario yang berlaku ini.
Sebab itu walaupun diketahui dengan cukup jelas bahawa kemasukan Pendatang Asing Dengan Izin atau PADI nanti dengan jumlah yang begitu besar sudah tentu akan menjejaskan ekonomi orang2 melayu.
Namun, pihak pemerintah melalui KDNnya masih tetap mahu meneruskan agenda ini kerana inilah sahaja jalan yang ada untuk menentukan kuasa politik orang2 melayu ini kekal. Alasan kononnya untuk mengisi keperluan di ladang2 kelapa sawit hanyalah bagi tujuan mengabui mata rakyat sahaja.
Pihak pemerintah lupa bahawa sebenarnya orang2 melayu pun sudah tidak rela bernaung di bawah pemerintah bangsa sendiri jika rasuah masih dijadikan amalan utama dalam segala urusan pentadbiran negara kerana rasuahlah perosak bangsa dan negara dan dianggap musuh nombor satu negara.
Sebaliknya,
orang2 melayu lebih rela bernaung di bawah pemerintah cina biar pun berlainan bangsa dan agama asalkan gejala rasuah boleh dihapuskan sekali gus menjamin kesejahteraan dan keselesaan hidup orang2 melayu juga sepertimana orang2 melayu Singapura.

No comments:

Post a Comment