Monday 29 June 2015

Posting Pilihan Dalam Facebook (santai)


Kawan saya lebih muda dari saya.
Oleh kerana itu dia pun bertanya saya.
Dia kata ada seorang perempuan cantik nak berkenalan dgn dia dan dia pun kenal sikit2 budak perempuan itu.
Saya kata takdak masalah kalau dalam facebook sebab saya pun ramai juga kenalan wanita.
Tapi dia kata dia segan.
Saya kata kalau segan baguslah tambah2 dalam bulan puasa.
Dia tanya macam mana nak elak dan bagi alasan supaya dia tak kata kita sombong dan jual mahal?
Saya kata caranya mudah sahaja
Ingat 4 perkara keatas isteri kita
Pertama, dia yang lahirkan anak2 dia separuh mati tapi tak pasal2 jadi anak kita bila dibinkan atau dibintikan dengan nama kita, bukan dengan nama isteri kita.
Itu zuriat kita dan anak2 inilah yang akan menjaga kita bila kita tua dan uzur besok.
Kedua, dia yang sediakan makan minum kita sejak hari pertama kahwin yang menjadikan kita kenyang dan panjang umur.
Cuba awak masak sendiri 3 hari suruh dia duk diam tak buat apa2.
Ketiga, dia yang menguruskan semua hal ehwal dunia rumahtangga dari luar rumah sampai dalam rumah kadang2 tanpa rehat pun.
Keempat, kitalah dahan tempat dia bergantung atau berteduh.
Jika patah, dahan ini akan jatuh dengan dia2 sekali dan menghempap anak2 kita.
Oleh itu, cara nak jawab supaya dia tak kata kita sombong ialah dengan cara duk diam dan biarkan sahaja requestnya itu. Kalau pun dia kata awak sombong awak tak akan dengar sebab dia tidak menjadi 'friend' awak dalam FB.
Dan 'friend' sebenar bukan hak dalam FB.
Isteri awak.

No comments:

Post a Comment