Tuesday 23 June 2015

Peluang Kerja Anak-Anak Selepas Tamat Belajar

Biasalah bagi sesiapa yang ada ramai anak.
Tak kiralah samada kaya atau miskin.
Anak2 yang sudah besar dan tamat pengajian akan mencari hala tuju masing2 dengan kerjaya masing2.
Saya menganggap diri saya dalam kalangan ibubapa yang agak bernasib baik juga kerana dari seramai 8 orang anak2 saya, hampir kesemuanya sudah tamat belajar kecuali yang bungsu dalam tingkatan 6 atas.
Dan yang paling penting ialah tiada mana2 seorang pun daripada mereka terlibat dengan apa jua masalah sosial seperti penagihan dadah atau mencuri motor atau lain2 gejala sosial.
Bagi saya,
janganlah dikira sangat tahap pencapaian akademik anak2.
Semua ibubapa mahukan supaya anak2nya belajar setinggi2 yang boleh.
Tapi bukan semua mampu.
Ada yang setakat spm sahaja.
Ada yang setakat ting 6 sahaja.
Ada yang setakat sijil kemahiran sahaja.
Ada yang setakat diploma sahaja.
Ada juga yang mampu sampai ijazah atau masters atau PhD.
Bagi saya,
apa yang sebenarnya menggembirakan saya sebagai ibubapa ialah tiada anak2 yang terjebak kedalam gejala sosial seperti yang saya sebutkan itu.
AlhamdulilLah Syukur.
Hari ini pun, anak saya yang baru tamat belajar sudah memperolehi kerja sementara.
Biarpun bergaji kecil dan bekerja swasta,
saya rasa lebih baik bekerja berbanding duduk makan tidur.
Dulu saya agak risau tentang anak saya ini kerana dia seorang sahaja dari negeri Kelantan yang ambil kursus yang memakan masa 3 tahun di UiTM iaitu kursus skrin perfileman.
Saya khuatir kalau2 peluang kerja dalam bidang ini terhad.
Namun, nampaknya ada juga sebuah syarikat production yang sudi mengambilnya bekerja walaupun anak saya ini belum ada pengalaman kerja kerana baru tamat belajar.
Terima kasih kepada tuanpunya dan ahli lembaga pengarah syarikat ini
yang merupakan gabungan bekas kakitangan tv3 dan rtm.

No comments:

Post a Comment