Wednesday 24 June 2015

Seruan Kepada Seluruh Warganegara Malaysia


Sebesar2 isu 1MDB pun
Sebesar2 mana isu2 lain pun
Buat apa sekali pun
bagi saya semuanya dah jadi payah dan rumit
sebab ikan dah buruk dari kepala sampai ekor
kucing tengok pun tak mahu makan
kalau orang sakit
doktor kata dah tak ada ubat dalam dunia kecuali tunggu mati
kalau kereta rosak
pomen kata dah tak boleh repair kecuali tukar enjin
begitu jugalah dengan keadaan negara kita Malaysia sekarang ini
semuanya dah jadi lintang pukang
mana ada menteri yang boleh memberikan tumpuan sepenuhnya kepada tugas2 asasnya sebagai wakil rakyat lagi?
semuanya setiap hari menghadapi dilema tersendiri
samada hendak berpihak kepada si A atau si B
saya nampak betul juga kata pomen itu tadi
jalan yang ada hanyalah tukar enjin
dan enjin itu sebaik2nya yang baru bukan 'recond'
kerana body kereta ok lagi
tak payah beli kereta baru
kerana nak beli hak baru melibatkan kos yang tinggi
begitulah politik tanah air kita sekarang
kepimpinan baru diperlukan
barisan baru ini mestilah pertama2nya dari kalangan mereka yang sangat bencikan rasuah seperti bencikan pendera kanak2 atau pendera kucing peliharaan
kerana rasuahlah punca sebenar kepada semua masalah yang timbul pada hari ini
bila orang2 seperti ini kita perlukan
itu bukan bermakna hanya mereka yang berserban dan berjubah serta berjanggut sahaja yang layak
tidak semestinya begitu
kerana kadang2 mereka yang berimej seperti ini pun tak kurang juga nafsu keduniaan mereka
pilihlah dari kalangan mereka yang telah dikenalpasti lama dalam politik tapi bersih rekod peribadi mereka
mungkin sudah 20 tahun berkecimpung tetapi satu benda pun tidak ada kecuali rumah dan kereta biasa sahaja
tak kisahlah kalau baca al-Fatihah pun tak berapa betul
kerana apa yang lebih penting ialah sifat dalamannya yang suci bersih
kita malu kepada negara jiran Singapura
dimana rasuah tidak lagi menjadi masalah atau punca kepada masalah negara itu
padahal negara itu tanah pun tidak ada untuk menanam kelapa sawit
pemimpin mereka pula bukan berserban dan berjubah pun

No comments:

Post a Comment