Thursday 4 June 2015

PasMa vs PAS

Hari ini merupakan hari penentuan hidup mati PasMa.
Hari ini sudah jelas bahawa PasMa tidak boleh menguasai PAS.
Hari ini golongan ulamak masih diterima untuk menerajui PAS.
Hari ini PasMa jelas ditolak perwakilan.
Walau pun begitu,
ianya tetap membawa erti yang besar bagi parti ini.
Kewujudan PasMa melambangkan bahawa kepimpinan ulamak pun masih boleh juga ditentang.
Dan tentangan yang dilakukan itu sudah tentu dengan asas2 yang munasabah.
Terdapat dua kemungkinan selepas ini.
Pertama : PasMa akan terus digerakkan lagi.
Kedua : PasMa dibubarkan.
Jika berlaku kemungkinan pertama,
kepimpinan baru akan terus menerima gangguan lagi kerana peratusan ahli dalam PasMa masih tinggi iaitu sekitar 30 - 35 persen.
Jika berlaku kemungkinan kedua,
pemimpin yang berpihak kepada PasMa akan kembali semula dibawah kepimpinan baru berserta orang2nya.
Sudah tentu kemungkinan kedualah yang diharapkan oleh semua pihak baik lawan atau kawan jika survival orang2 melayu diambilkira.
Namun,
saya menjangkakan sudah tentu ada juga yang sudah kecewa.
Yang sudah tidak mahu lagi aktif dalam parti ini.
Bahkan berhasrat meninggalkannya.
Jika jalan ini yang dipilih,
marilah bersama2 saya menjadi 'non-partisan'.

No comments:

Post a Comment