Saturday 22 November 2014

Pengerusi Perhubungan UMNO / BN Kelantan (2)


Susulan kepada artikel saya bertajuk ‘Pengerusi Perhubungan Umno / BN Kelantan’ yang telah diterbitkan sebelum ini, saya ingin jelaskan di sini mengapa saya mengkritik keras kepimpinan pengerusi perhubungan itu.
Saya tidak mengkritik kerana suka-suka hendak mengkritik sahaja. Ianya ada kaitan secara tidak langsung sebenarnya dengan sesuatu yang telah lama saya idamkan. Perkara yang diidamkan itu ialah perpaduan orang-orang melayu secara keseluruhan melalui dua parti terbesar orang-orang melayu iaitu UMNO dan PAS.

Pada masa ini usaha kearah itu dilihat sebagai sesuatu yang bukan mudah. Bahkan banyak pihak yang mengatakan bahawa agenda ini hampir mustahil untuk dicapai. Ini kerana kedua-dua pihak kepimpinan UMNO dan PAS masih lagi mengekalkan sikap lama dan usang masing-masing. Kedua-dua pihak masih lagi takut akan kehilangan kedudukan walaupun mereka faham kebaikan dan ‘advantage’ serta ‘value-added’ yang boleh dijana jika kedua-dua parti ini bergabung semula secara politik. Kedua-dua pihak ini juga masih lagi berprejudis diantara satu sama lain. Kedua-dua pihak masih lagi mahukan pihak yang lain mengalah. Sebab itu kedua-dua pihak ini masih terus berbalah seperti budak-budak sekolah. Kata-kata ‘menang jadi arang kalah jadi abu’ dan ‘menang sorak kampong tergadai’ sudah tidak bererti bagi mereka. Apa yang penting ialah menjamin kedudukan politik mereka walaupun terpaksa mengamalkan sikap ‘menegakkan benang yang basah’ sepanjang masa.

Bertolak daripada situlah maka saya telah terbitkan artikel saya itu. Bagi saya, jika cara lain tidak menjadi, maka cara yang ada ialah BN mengambilalih negeri Kelantan pada PRU14 ini.

Apabila BN mengambilalih, disaat itulah usaha mengajak PAS supaya bersatu semula dengan UMNO boleh dijadikan asas dan alasan yang kuat kearah perpaduan yang dimaksudkan itu. Sudah tentulah pihak yang mengajak semestinya UMNO dan pihak yang diajak ialah PAS.

Kalau pun mampu mengambilalih nanti, UMNO janganlah pula sekali-kali berbangga dengan kejayaan merampas semula Kelantan kerana kejayaan itu tidak membawa sebarang makna selagi orang-orang melayu masih belum dapat disatukan secara menyeluruh. PAS pula berhentilah bersikap sombong dan jual mahal kerana kegagalan mempertahankan negeri Kelantan membuktikan bahawa PAS sudah ditolak oleh orang-orang melayu kerana kalah di Kelantan tidak sama kalah di negeri-negeri lain. Tiada gunalah lagi berlagak seperti orang yang ‘superior’ kerana pada masa ini perpaduan tidak memerlukan siapa yang ‘superior’ dan siapa yang ‘inferior’ kerana gabungan kedua-duanya sahajalah yang boleh menghasilkan perpaduan sebenar orang-orang melayu di negara ini. Cara lain tidak ada dan tidak juga boleh terhasil walaupun diusahakan oleh mana-mana pun NGO termasuk PERKASA atau lain-lain NGO melayu. Mereka hanya boleh berperanan sebagai penyokong dan penguat sahaja.

Jadi, itulah sebenarnya maksud saya mengapa UMNO dan BN harus ‘buck-up’ dan gembelingkan semula tenaga mereka secara berlipat kali ganda lagi untuk merampas Kelantan dari PAS pada PRU14 ini. Untuk mencapai tujuan itu, tindakan-tindakan drastik perlu dilakukan segera dan salah satu daripadanya ialah dengan menukar pengerusi perhubungan UMNO / BN Kelantan yang sudah terbukti tidak ‘competent’ untuk mencapai apa yang diharapkan itu.

Jika pada PRU14 ini pun Kelantan masih lagi belum dapat dirampas, ianya akan bermakna satu lagilah penggal akan disia-siakan oleh kepimpinan UMNO / BN dan isu perpaduan pun terpaksa dimasukkan ke dalam fail ‘KIV’ untuk tempuh sepenggal itu lagi. Rugilah orang-orang melayu tetapi pengerusi perhubungan tidak kerana beliau tetap menjadi menteri.

No comments:

Post a Comment