Sunday 2 November 2014

Lagi Kes Pecah Rumah Di Semerak - Terbaru

'ped-dap' doh ambo nak tulis berkenaan jenayah pecah rumah dan ragut di semerak ni
tapi takdak arah mugo hobi ambo nulis
kemarin berlaku pulok dekat pusat kesihatan cherang ruku
sebuah rumah ibu tunggal yang tinggal berseorangan di rumahnya dipecah masuk oleh peragut
pada masa itu ialah jam 1 ptg
anak2 perempuannya pergi mengajar dan bekerja
ibu tunggal itu yang berada di ruang dapur berseorangan telah diragut gelang tangannya menyebabkan beliau terjatuh
selepas kejadian beliau telah dibawa ke pusat kesihatan berhampiran
dikatakan dua orang pemuda berkereta
mengikut makluman
pada hari yang sama iaitu semalam berlaku 4 kejadian ragut di tempat2 yang berasingan tetapi tidak jauh dari semerak termasuk yang ini
saya harap sesuatu dapat dilakukan segera untuk membendung gejala ini
PDRM
RELA
Rukun Tetangga atau RT di bawah JPNIN
Penghulu2 kerajaan negeri
JKKKP kerajaan pusat
dan seluruh masyarakat patut mula bergabung tenaga mencari jalan dan berusaha ke arah itu
janganlah sampai semua rumah sudah dipecah masuk
baru nak bertindak

No comments:

Post a Comment