Wednesday 12 November 2014

KRT Cherang Ruku Semerak



Pada 22 November 2014 ini bertempat di SMK Cherang Ruku jam 2.30 petang akan diadakan mesyuarat agung KRT Cherang Ruku. 
Orang ramai bertanya kepada saya apakah pada hari itu akan diadakan perlantikan pengerusi baru? Saya menjawab bahawa saya tidak tahu menahu tentang mesyuarat ini dan apa agendanya kerana saya tidak terlibat secara langsung dalam KRT Cherang Ruku. 
Selama ini pun saya sekadar membantu menyedarkan orang ramai sahaja bahawa KRT Cherang Ruku harus diberikan nafas baru dengan kepimpinan baru. 
Ada yang menjawab jika ada perlantikan baru dia hendak hadir tetapi jika pengerusi lama masih dikekalkan beliau tidak berminat untuk hadir. 
Saya kata itu saya tak boleh nak kata apa-apa. 
Terpulanglah kepada orang ramai dan JPNIN kerana saya tidak mahu mencampuri urusan ini secara berlebih2an. 
Walau bagaimana pun, saya tetap menunggu perkembangan selanjutnya kerana saya ialah seorang blogger bebas.

No comments:

Post a Comment