Wednesday 3 July 2013

Terbitan Khas



Makluman Khas:

Saya sepatutnya tidak lagi menerbitkan sebarang artikel selepas artikel terakhir saya sebelum ini. Namun, beberapa orang sahabat saya di Kuala Lumpur telah menghubungi saya dan merayu supaya saya terus menulis lagi. Mereka berkata, blog saya ini sudah popular dan jika saya berhenti menulis, mereka pun tidak akan mendapat apa-apa maklumat tentang politik Pasir Puteh lagi kecuali dari sumber-sumber lain yang tidak menarik dan meyakinkan. Oleh itu, mereka semua merayu supaya saya terus menulis walaupun isu yang ditulis itu kecil kerana yang dipandang kecil itu, kadang-kadang itulah ‘ubat’ kecil yang dipandang ringan tetapi mampu menyembuhkan penyakit. Selain daripada itu, sikap ‘non-partisan’ yang telah saya ambil itu sebenarnya adalah lebih baik bagi saya untuk menulis kerana saya boleh menulis secara lebih terbuka dan bebas.

Mungkin pendapat kawan-kawan saya ini betul. Saya sememangnya merasa lebih lega dan bebas menulis apabila saya mengamalkan sikap ‘non-partisan’ ini. Saya tidak lagi menyokong atau menentang mana-mana parti politik. Apa yang betul saya akan berkata betul, apa yang tidak saya akan berkata tidak untuk terus menulis ‘without fear and favour’ terhadap mana-mana pihak. Bahkan saya yakin sikap saya ini sebenarnya lebih mulia berbanding dengan sikap sebagai seorang ahli parti kerana saya meletakkan kepentingan ‘perpaduan’ orang-orang melayu mengatasi kepentingan kepartian. Sebab itu saya selalu menekankan didalam banyak tulisan saya tentang betapa pentingnya agenda perpaduan orang-orang melayu melalui dua parti terbesar orang-orang melayu iaitu UMNO dan PAS mula diusahakan secara bersungguh-sungguh oleh kepimpinan kedua-dua parti ini kerana itulah sahaja jalan yang ada untuk mengembalikan semula kekuatan politik orang-orang melayu.  

Walau bagaimana pun, kawan-kawan saya telah meminta supaya saya menyentuh tentang perkembangan semasa iaitu tentang pemilihan UMNO kerana inilah isunya buat pada masa ini.

Insya Allah, artikel saya seterusnya akan menyentuh tentang perkara ini.

Salam Silaturrahim
Drp
Wan Ab Malek Bin Wan Noh
Semerak.

No comments:

Post a Comment