Monday 29 July 2013

Terbitan Khas

Seruan Perpaduan:
Permulaan Usaha Secara Serious Untuk Menggabungkan Dua Parti Terbesar Orang2 Melayu iaitu UMNO dan PAS:
Usaha ini sememangnya payah dan dilihat hampir mustahil. Namun bagi saya secara peribadi ianya bukanlah susah sangat sehinggakan setiap orang melayu merasakan usaha ini tidak perlu dan lebih baik dilupakan sahaja sampai bila2. Ahli2 UMNO dan ahli2 PAS sebenarnya adalah orang2 yang sama. Mereka tinggal bersama di dalam kawasan yang sama bahkan ada yang bersaudara. Kalau pun tidak melalui kedua-dua parti politik ini, mereka tetap juga hidup bersama selama ini. Mereka saling mengambil berat diantara satu sama lain selama ini. Bila ada kenduri kahwin mereka hadir dan makan bersama sambil berbual. Bila ada kematian mereka ziarah bersama dan menguruskan jenazah secara bersama. Mereka tidak kekok bercampur gaul sesama mereka.
Yang sedikit menghalang ialah sempadan kepartian. Bila pilihanraya, barulah jelas dilihat masing2 puak dengan puaknya. Tidak salah pun kerana negara kita mengamalkan sistem politik berparti untuk memilih pemimpin. Masing2 meletakkan calon masing2 dan berkempen mengikut cara masing2. Namun inilah detiknya apabila perpecahan dikalangan orang2 melayu menjadi ketara. Sempadan politik inilah yang telah mengakibatkan perpecahan orang2 melayu menjadi semakin hari semakin melebar. Akibatnya, perpaduan menjadi masalah sehinggalah kepada tahap melemahkan orang2 melayu itu sendiri.
Pada hari ini, kita masih bernasib baik kerana kita masih ada kekuatan dan kuasa politik mentadbir negara. Namun, jika perpecahan ini terus dibiarkan, tidak mustahil satu hari nanti orang2 melayu akan menjadi kelasi kapal sahaja, bukan lagi Kapten dan kapal itu pun akan menuju kearah lain mengikut kompas yang dikawal oleh orang lain.
Sebab itulah saya sentiasa menyeru dan terus menyeru supaya kepimpinan tertinggi kedua2 parti terbesar orang2 melayu ini mulai bertolak ansur mengubah sikap secara serious dan mengambil langkah2 sebelum terlewat untuk memperbetulkan perkara ini. Saya hanyalah seorang rakyat biasa yang tidak punyai apa2 kecuali semangat untuk tidak menanggung beban dipersalahkan oleh generasi anak2 cucu dimasa hadapan.
Ayuh, perkukuhkanlah barisan dengan cara ini pula. Sampai bila orang2 melayu hendak berbalah dan berpecah hanya disebablkan fahaman politik yang sempit sedangkan dalam masa yang sama orang2 lain menjadi semakin kukuh dan kuat cengkaman mereka keatas kita? Agama Islam pun tidak pernah mengajar umatnya supaya berpecah belah.
Daripada saya orang kampong,
Wan Malek Semerak.

No comments:

Post a Comment