Thursday 4 July 2013

PAS dan Kepimpinan

Diantara komen2 menarik
yg dipetik dari kata2 seorang bekas kepimpinan negeri kelantan ....

1)"Terbukti begitu ramai Pemimpin PAS masuk umno...Presiden, Timb Presiden, Naib Presiden, SU Agung...MP, ADUN dll."
2)"Jemaah PAS akan tetap teguh hasil dokongan orang kampung hok letak BULAN di bawah sejadah .."
3)"Dari dulu lagi kekuatan & ketahanan Jemaah PAS tidak bergantung kpd Pemimpin.."
Ketiga-tiga kenyataan di atas itu  telah saya petik dari Facebook yang telah dibuat oleh seorang bekas ADUN PAS yang pernah membarisi kepimpinan kerajaan negeri Kelantan sebelum ini. Beliau bertanding dalam PRU13 baru-baru ini tetapi tewas.
Sudah tentu apa yang sebenarnya dimaksudkan tidak sesiapa pun lebih memahaminya kecuali tuannya sendiri. Namun, secara spontan ketiga-tiga kenyataan seperti itu masih boleh dianggap agak janggal bagi seorang bekas pemimpin sebuah parti yang memperjuangkan Islam. Saya berkata begini kerana saya yakin jika beliau masih di dalam barisan atau saf kepimpinan kerajaan negeri, sudah tentu kenyataan sebegini tidak akan dikeluarkannya. 
Kenyataan pertamanya akan mengundang lebih banyak konflik diantara beliau dan pemimpin-pemimpin PAS yang lain. Kenyataan kedua akan dianggap keterlaluan dan melampau kerana perbuatan meletakkan lambang bulan di bawah sejadah ketika bersolat tidak pun dilakukan oleh mana-mana orang PAS kecuali mereka yang terlampau taksub dan orang yang seperti ini biasanya tidak berapa normal. Kenyataan ketiganya pula membawa persepsi seolah-olah tiada kaitan diantara pemimpin dan pengikut-pengikutnya. 'Jemaah PAS tidak bergantung kepada pemimpin' boleh juga bermaksud 'Pemimpin PAS tidak bergantung kepada jemaah PAS'.
Bagi saya, kenyataan ketiganya boleh membawa akibat dan kesan yang tidak sihat didalam masyarakat Islam. Mana mungkin kedua-dua pihak tidak saling gantung bergantungan? Mana mungkin ada pemimpin sepertinya dulu jika tidak ada yang dipimpin? Begitu juga, mana mungkin ada pengikut jika tidak ada pemimpin?
Kenyataan seperti ini agak keterlaluan bahkan boleh membawa implikasi dianggap bongkak dan sombong. Ianya boleh juga dianggap sebagai kenyataan bercampur kekecewaan setelah kalah dalam pilihanraya yang lepas dan tidak lagi menjadi orang penting dalam kerajaan negeri seperti dahulu.
Oleh itu, saya ingin menasihatkan supaya bekas-bekas pemimpin PAS supaya janganlah mengganggu kepimpinan yang baru menerajui kepimpinan kerajaan negeri Kelantan dengan membuat kenyataan-kenyataan sensitif dan melampau seperti itu walaupun di dalam Facebook kerana kenyataan seperti itu masih tetap boleh dibaca oleh semua orang. Jika tidak lagi boleh bersetuju dengan kepimpinan yang baru ini, buatlah pendirian dengan jelas tanpa berselindung kerana itu lebih baik. 
Saya agak tersentuh apabila ada bekas-bekas pemimpin PAS yang membuat kenyataan seperti ini kerana saya amat mementingkan perpaduan orang-orang melayu melalui dua parti terbesar orang-orang melayu iaitu UMNO dan PAS. Oleh itu, jika ada mana-mana pemimpin PAS atau bekas pemimpin kerajaan PAS Kelantan yang tidak cermat menulis, saya akan menegur jika saya dapati kenyataan itu tidak baik dan tidak profesional.
Salam Silaturrahim
drp  
Wan Ab Malek Bin Wan Noh
Semerak

No comments:

Post a Comment