Sunday 16 October 2011

MD 27

MyDiary (27)
16/10/2011

(Saya akan sentiasa mengulangi peringatan kepada para pembaca bahawa semua yang ditulis adalah semata-mata pendapat peribadi saya sepenuhnya selaku seorang ahli UMNO biasa diperingkat akar umbi yang tidak mempunyai sebarang kepentingan politik atau matlamat peribadi tetapi tetap bercita-cita supaya BN kembali memerintah negeri Kelantan dalam PRU ke-13 nanti. Saya tidak kisah samada artikel saya diambil kisah atau pun tidak kerana apa yang penting bagi saya ialah menulis dan menyampaikan. Saya juga tidak terikat dengan mana-mana pihak atau mana-mana individu dan tidak pernah mengambil upah dari mana-mana pihak atau mana-mana individu untuk tujuan ini)

Menyentuh kembali kepada soal siapa calon untuk parlimen Pasir Puteh dan siapa calon untuk kesemua DUN sebagai susulan kepada MD 26, saya ingin membuat cadangan sepertimana berikut :-

1)      Ketua UMNO Bahagian sebagai calon parlimen sementara semua keempat-empat DUN akan ditentukan oleh beliau sendiri.
2)      Timbalan Pengerusi Perhubungan UMNO Negeri Kelantan sebagai calon parlimen dengan Ketua UMNO Bahagian di DUN Gaal. Tiga DUN lain akan ditentukan oleh Ketua UMNO Bahagian.
3)      Mantan Ketua UMNO Bahagian sebagai calon parlimen dengan Ketua UMNO Bahagian di DUN Gaal. Tiga DUN lain akan ditentukan oleh Ketua UMNO Bahagian.
4)      Orang-orang lain selain daripada mereka di atas itu sebagai calon parlimen dan DUN.

Pelan pertama saya anggap sebagai pelan yang paling ‘ideal’ kerana kedudukan seseorang Ketua Bahagian yang menerajui parti hendaklah juga diberikan tempat sebagai calon parlimen. Dengan itu, kesemua DUN akan secara otomatik berada dibawah naungannya sekaligus memudahkan segala urusan yang berkaitan dengan pilihanraya.

Pelan kedua  saya anggap sebagai pelan untuk meyakinkan orang-orang Pasir Puteh bahawa mereka sangat beruntung kerana mendapat pemimpin no. 2 parti peringkat negeri yang juga merupakan seorang Timbalan Menteri kabinet buat pada masa ini sementara Ketua Bahagian ke DUN Gaal dimana kemenangan sangatlah berpihak kepadanya.

Pelan ketiga saya anggap sebagai pelan yang baik kerana pengaruh mantan Ketua Bahagian masih lagi kuat diperingkat akar umbi. Sepertimana pelan kedua. Ketua Bahagian ke DUN Gaal diatas sebab-sebab yang sama.

Pelan keempat adalah pelan alternatif terakhir jika kesemua pelan-pelan yang telah disebutkan di atas itu tidak boleh dilaksanakan disebabkan perkara-perkara yang tidak dapat dielakkan.

Saya tidak boleh membayangkan tokoh lain sebagai calon parlimen untuk pelan keempat ini kecuali seorang tokoh baru yang sangat rajin melakukan kerja-kerja ‘turun padang’ sejak beliau kembali bertugas di Pasir Puteh sebagai Pengetua sebuah sekolah menengah.

Oleh,

Wan Ab Malek Bin Wan Noh
No. Ahli UMNO 03924693
Semerak.    

1 comment:

  1. Salam Abe Lek,

    Teruja juga nak tahu sapa bakal calon di PP nanti. Kenapa kita tak serahkan sahaja pemilihan tu kepada rakyat jelata(bawahan, pengundi) yang menentukan. Buatkan satu pemilihan di setiap cawangan seperti pilihanraya. Saya rasa ini lebih adil. Dan selepas pemilihan tersebut, satu penerangan perlu dilakukan supaya yang kalah mesti menerima keadaan dan sokong calon yang menang tersebut, supaya tak berlaku apa yang ore panggil "cah geting" dan sebagainya. Ko lagu mano? Sebab bila ambo balik sekali sekala, tanya ore ni lagu tu, tanya ore tu lagu ni. Pendapat ore kapong berbeza-beza mengenai bakal calon terutama di DUN SEmerak... Harap-harap calon yang dipilih adalah yang terbaik.

    ReplyDelete