Tuesday 4 October 2011

MD 20


MyDiary (20)
05/10/2011

Hari Isnin 03/10/2011 jam 4.15 petang Allahyarham Tuan Hj. Daud Bin Seman (dikenali sebagai Abe Daud Seman), 73, telah meninggal dunia di Langkawi. Beliau terlibat dalam satu kemalangan jalan raya apabila kereta yang dipandunya terbabas dan merempuh sebatang pokok di Jalan Padang Gaong.

Jenazah beliau telah disemadikan di Seksyen 9 Kota Damansara selepas disembahyangkan di surau Seksyen 7 semalam. YBhg. Datuk Hj. Kamaruddin Md. Nor turut bersembahyang sementara YBhg. Datuk Yazid Othman serta seorang wakil dari Veteran UMNO Pasir Puteh mengiringi jenazah ke tanah perkuburan.

Ramai yang mengenali Allahyarham yang berasal dari Pasir Puteh, Beliau merupakan pengasas Yayasan Anda diawal tahun ‘70an. Beliau juga pernah bertanding jawatan Ketua UMNO Bahagian Pasir Puteh pada satu masa dahulu. Sejak akhir-akhir ini beliau kerap pulang ke Pasir Puteh untuk membantu UMNO Bahagian dalam menghadapi pilihanraya umum.

UMNO Pasir Puteh telah kehilangan seorang tokoh korporat yang banyak berjasa kepada parti dan juga masyarakat.

Marilah sama-sama kita sedekahkan Al-Fatihah kepada Allahyarham dan berdoa semoga rohnya dicucuri rahmat. Kepada isteri dan anak-anaknya serta kaum keluarganya, kita ucapkan berbanyak takziah.

Yang pergi tetap pergi.

Yang tinggal harus menyambung usaha-usaha murni beliau. Beliau merupakan diantara tokoh-tokoh korporat yang sentiasa membantu dan mengambil berat tentang UMNO Pasir Puteh.

Al-Fatihah.

Oleh,

Wan Ab Malek Bin Wan Noh
No Ahli UMNO 03924693
Semerak.

2 comments:

  1. Alfatihah
    Terimbau kembali pertemuan saya dengan arwah di Langkawi dua tahun lalu.

    Semoga Allah mencucuri rahmat ke atas rohnya. AMIN.

    ReplyDelete
  2. Assalamualaikum.
    Saya adalah antara individu yang sempat menziarahi jenazah Allahyarham dari surau hingga ke tanah perkuburan.Allahyarham merupakan seorang mentor yang sangat berpandangan jauh dan merendah diri.

    Kehilangan Allahyarham amat mengejutkan,lebih2 lagi dua hari sebelum kematiannya kami ada bersembang melalui telefon dan suara Allahyarham ketika itu kedengaran ceria.

    Marilah kita sama-sama menyambung segala usaha Allahyarham untuk memajukan anak bangsa, tak kira daripada segi perniagaan mahu pun politik.

    ReplyDelete