Tuesday 8 July 2014

UMNO Pasir Puteh - Angin Sepoi2 Nak Ribut Lagi (Siri 3)

makluman Khas:
walaupun saya membuat makluman khas supaya sesiapa yang mengalami kerosakan rumah akibat ribut di semerak seperti semalam supaya menghubungi sdr wan hassan wan ibrahim, penyelia pas dun semerak untuk urusan permohonan bantuan dari kerajaan negeri kelantan
ini tidak sekali2 bermakna saya menyokong parti pas
saya sekadar meneruskan sikap saya sebagai seorang yang 'non-partisan' sahaja
saya akan terus menyokong apa sahaja kerja yang baik yang dilakukan oleh mana2 pemimpin politik tempatan demi kebajikan orang ramai
saya tidak sedikit pun menentang mana2 pemimpin politik yang lain tetapi sangat menyukai 'perlumbaan' diantara mereka untuk membantu orang2 yang didalam kesusahan
jika diabaikan
saya akan mengkritik secara terbuka kerana saya menganggap itu sebagai pengabaian yang serious terhadap tugas dan tanggungjawab asas sebagai seorang pemimpin politik
inilah latihan yang pernah saya lalui sewaktu saya bertugas di pejabat umno bahagian pasir puteh seketika dahulu dibawah mantan ketua bahagian terdahulu sebelum ini
beliau berkata
'jangan dikira siapa orangnya'
'saya balik ke pasir puteh untuk semua orang'
'saya akan bantu sesiapa sahaja yang memerlukan bantuan tanpa mengambilkira latar belakang fahaman politik mereka'
'tentang samada dia hendak menyokong saya atau parti,
itu hak dia dan perkara kedua'

'biarkanlah mereka menilainya sendiri'
itulah sikap kesederhanaan yang dibawa oleh bekas ketua bahagian terdahulu 
saya pun jalankan tugas saya mengikut apa yang telah digariskan itu kerana saya sendiri pun mempunyai sikap dan kefahaman yang sama juga
barangkali itulah juga yang menyebabkan saya terus bersikap seperti itu walaupun saya tidak lagi bertugas di pejabat umno bahagian
dan saya terjemahkan sikap saya ini ke dalam bentuk penulisan saya pula
kerana sekadar inilah sahaja yang boleh saya lakukan untuk membantu masyarakat semerak.

No comments:

Post a Comment