Thursday 3 July 2014

Pro vs Anti-Establishment

sedar tak sedar dah masuk tahun ke-4 saya berFB dengan kawan2
terima kasih kepada semua kawan2 yang masih setia bersama saya
di luar kita tak banyak peluang untuk memperolehi atau bertukar pandangan seperti ini
tetapi dalam FB banyak sekali peluang untuk kita sama2 berbincang dan bertukar pandangan
ini kerana kita tidak terkongkong oleh masa
bila2 pun kita boleh buka dan semak apa yang orang lain tulis
tetapi kalau di luar habis secawan kopi maka habislah perbincangan
jika lama2 tuan kedai pun mula jeling2 sambil menguap2
apa pun
saya dapati topik atau isu politiklah yang selama ini menjadi keutamaan selain daripada isu2 biasa yang lain
dan terdapat perbezaan ketara tentang cara dan sikap diantara dua kumpulan yang berbeza
kumpulan yang saya maksudkan ialah kumpulan pro dan anti-establishment
kumpulan pro bagi saya lebih rasional dan lebih matang
manakala kumpulan anti nampak tidak bersedia secukupnya untuk menerima pandangan atau kritikan orang lain
kumpulan pro tidak terlalu kasar dalam perbahasan tetapi kumpulan anti kebanyakannya kasar dan keterlaluan dalam cara penyampaian
sepatutnya orang2 lama dalam kedua2 kumpulan ini tidak terikut2 kerana mereka adalah orang2 yang berpengalaman
namun mereka kadang2 lebih 'totok' berbanding mereka yang lebih muda terutamanya yang dari kumpulan anti

No comments:

Post a Comment