Thursday 24 July 2014

Saya Menulis Dan Menulis

saya harap saya diberikan kekuatan untuk terus menulis
walaupun cara dan gaya tulisan saya dalam blog hanyalah sekadar taraf kampong dengan ayat2 yang tidak pun canggih atau 'sophisticated'
namun itulah sahaja kadar kemampuan yang ada pada saya
walau bagaimana pun
saya tetap bersyukur dan berterima kasih kepada semua pembaca2
kerana sudi juga meluangkan masa menatap apa yang ditulis
dan jumlah pembaca terus meningkat dari hari kehari
ini dapat saya ketahui melalui laporan 'stats' oleh internet kepada saya
saya tidaklah mahu berkata bahawa tulisan2 saya selama ini ada memberi kesan kepada mana2 pihak
saya tidak pernah mengukur sejauh mana kesannya
kerana yang menentukannya bukanlah saya tetapi semua pembaca2 itu
yang paling menggembirakan saya ialah
kawan2 berjumpa atau melefon kepada saya jika mereka ada sesuatu cadangan untuk dituliskan
ada yang jauh ada yang dekat
ada orang biasa ada orang bergelar
termasuk yang terjumpa saya semasa ke bazar ramadhan
terima kasih kepada semua
Selamat Hari Raya Aidil Fitri
Maaf Zahir dan Batin
dari saya
Wan Malek (Facebook)
atau
AbeLek RM (Blog)

No comments:

Post a Comment