Thursday 24 July 2014

Sayangilah Negara Kita

raya tahun ni nampaknya kita tak boleh sambut lebih2
orang kaya2 pun kena ingat
terlalu ramai tahun ini ditimpa musibah
selain daripada tragedi mh370 dan mh17
ramai juga saudara2 seagama terkorban di palestine
termasuk kanak2 dan orang2 tua
sambutlah secara sederhana dan keinsafan
dengan rasa penuh syukur
kerana negara kita masih selamat
tiada pembunuhan
tiada kebuluran
tiada perbalahan agama dan kaum
semua rakyat malaysia masih boleh mengecapi keamanan
masih boleh makan nasi berlauk pagi2
dan makan teh petang2 dengan saing2
masih bebas kemana2
masih bebas berkawan dengan sesiapa sahaja
semoga suasana ini berterusan
tak kiralah siapa yang memerintah negara dan negeri2
Bersyukurlah Kita
kalau di muara sungai tok bali pun orang tulis
'sayangilah sungai kita'
apalah salahnya jika untuk negara pun kita kata
'Sayangilah Negara Kita'
Selamat Hari Raya Aidil Fitri
Maaf Zahir dan Batin

No comments:

Post a Comment