Wednesday 16 July 2014

Lori2 Bijih vs SPAD + JPJ + JKR + PDRM


jalan yang menghubungkan tok bali dengan pasir puteh melalui kg kulim
keadaannya lebih kurang sama juga dengan jalan dari semerak ke pasir puteh tempuh hari
sekarang jalan ini sudah dibaiki oleh JKR
namun jika aktiviti pengangkutan bijih ini masih berterusan
kedua2 jalan ini akan rosak semula
kerana lebihan muatan
ada yang sampai hampir 100 metrik tan
sementara yang lain2 menjadi kebiasaan melebihi 60 metrik tan
kata pemandu dan tuanpunya lori2 ini
mereka mengambil upah ikut 'tonnage' atau berat muatan
sudah tentulah bermakna lagi banyak lebihnya
lagi banyaklah labanya bagi orang berniaga yang mencari untung
soal jalan yang rosak itu
JKR kan ada dan itu adalah tugas dan tanggungjawab dia untuk repair dan maintain
yang menghairankan orang ramai dan pengguna jalanraya
walaupun jelas muatannya sangat melebihi had muatan sehingga kesannya pun nampak jelas daripada jalan2 yang rosak teruk itu
namun
mengapa tiada tindakan yang berkesan oleh JPJ dan SPAD?
maka aktiviti ini nampak seolah2 'immuned'?

seolah2 lori bijih lawan SPAD + JPJ + JKR + PDRM
kalah lagi yang dikapoh empat itu



ADUH! JALAN BALIK RAYA DI KAMPUNG BELUM SIAP?

Menjelang hari raya, hati saya gelisah. Saya resah mengenangkan nasib ratusan ribu rakyat Kelantan di perantauan yang akan pulang berhari raya. Akan selamatkan saudara-saudara saya ini di perjalanan nanti? Selesakah mereka dengan anak-anak dalam kereta jika terpaksa bersesak di jalan? Jalan itu pula bukannya di Kuala Lumpur, tetapi di Kelantan dari Kuala Krai menuju Kota Bharu.

Jalan Kuala Krai-Kota Bharu ini sudah lama sesak. Sudah banyak memakan korban jiwa. Sudah menjerit rakyat meminta jalan ini disiapkan. Sudah kerap kali sangat kerajaan berjanji untuk siapkan, baik itu kerajaan pusat mahupun kerajaan negeri. Tetapi ternyata, janji politik ini sekadar janji sahaja.

Bila kita ungkitkan hal ini, dikatakan kita tidak ada fakta lengkap. Inilah yang berlaku setahun yang lalu. Saya yang ungkitkan hal ini dan kemudiannya kerajaan negeri berjanji akan memberikan perhatian.

Maka tender baru dikeluarkan. Kerajaan pusat siapkan jalan Kota Bharu-Machang dan kerajaan negeri siapkan jalan Machang-Kuala Krai. Tender sudah beres, cumanya jalan belum beres. Berapa tahun lagi harus rakyat tunggu? Berapa tahun lagi korban jiwa di jalan yang perlu kita tengok?

Saya rasa hairan. Tak rasa bersalahkah kerajaan melihat derita rakyat ini—baik itu kerajaan pusat atau kerajaan negeri?

*********

Saya sertakan tiga keping gambar jalan negeri dari Pasir Puteh-Tok Bali. Jalan ini rosak sejak September 2012 dan JKR Pasir Puteh mengakui hal ini.

Punca jalan ini rosak adalah kerana jalan ini dibina untuk kegunaan kenderaan biasa, tetapi terlalu kerap digunakan oleh lori yang mengangkut bijih besi dari pelbagai jajahan ke Pelabuhan Tok Bali.

Rakyat merungut. JKR Pasir Puteh memberi jawapan kos membaiki jalan ini mahal dan kerajaan negeri tidak mempunyai wang untuk membaikinya. Sebab tidak ada wang kerana diskriminasi kerajaan pusat. Royalti minyak disekat dan lainnya.

Wahai pemimpin kerajaan negeri dan pusat! Janganlah kerana perbezaan politik rakyat menjadi mangsa. Janganlah kerana perebutan kuasa, jiwa rakyat menjadi korban.

Berundinglah untuk selesaikan isu-isu tertunggak demi kesejahteraan rakyat dan negeri ini. Bila rakyat sudah bosan, mana tahu PRU ke-14 nanti, hanya pemimpin yang keluar mengundi.

No comments:

Post a Comment