Thursday 3 July 2014

Lauk Pauk Berbuka

dalam FB kita boleh jumpa bermacam2 stail posting dalam bulan puasa
tetapi yang menarik perhatian saya ialah minat sesetengah orang untuk memperagakan keindahan dan keistimewaan hidangan lauk pauk serta kueh mueh yang akan dinikmati untuk berbuka
ada hidangan yang ditempah di hotel2 mewah
ada hidangan yang disediakan oleh ibu tersayang di rumah
semuanya sudah dipamerkan diawal2 bulan puasa
mungkin selepas ini pakaian pula menjadi fokus
apa pun
saya sedikit terkilan jikalau dalam mereka asyik mempamerkan makanan2 mewah itu
mereka terlupa bahawa terdapat insan2 yang hanya mampu menikmati hidangan ala kadar sahaja
ada yang sekadar mampu berbuka hanya dengan sebiji buah kurma murah setiap seorang dalam sebuah keluarga dan mee goreng bodoh sahaja sementara minumannya hanyalah segelas air sirap
sudah tentulah jika ada yang seperti ini
mereka tidak akan pamerkan dalam Facebook kerana malu
oleh itu
saya ingin cadangkan kepada kawan2 supaya
bersederhanalah dalam makan dan minum dibulan puasa ini
kata orang kampong di semerak
'wealth is for keep'
kepada pemimpin2 politik dan bekas orang2 besar politik pula
terutamanya dari parti yang kononnya meletakkan agama sebagai asas perjuangan parti
merekalah yang sepatutnya menunjukkan contoh dalam erti sebenar kesederhanaan makan dan minum di bulan puasa
sayangnya
pada hari ini mereka pula yang dilihat lebih2 mempamerkan gambar2 lauk pauk yang mereka nikmati di hotel2 mewah
maka tidak sepadanlah dengan jawatan politik yang pernah disandangnya dulu dan menjadi orang penting dalam sesebuah kerajaan negeri

No comments:

Post a Comment