Saturday 21 June 2014

Sekolah Menengah dan Dadah Pil Kuda

Mungkin sudah menjadi trend bagi kawan2 saya di semerak apabila bertemu saya, ada saja isu yang mereka minta saya tulis dan terbitkan dalam blog saya.
Pagi ini masih lagi mengenai sekolah.
Mereka kata mereka bersetuju jika pihak Kementerian Pelajaran memperkenalkan satu operasi bersekala terhadap murid2 sekolah menengah.
Operasi yang dimaksudkan ialah pemeriksaan air kencing oleh pihak berkuasa polis.
Ini adalah kerana murid2 sekolah sekarang dikhuatiri terlibat dengan gejala pil kuda tetapi tidak disedari oleh pihak sekolah kerana mereka melakukan aktiviti ini di tempat2 terlindung seperti di dalam tandas dan sebagainya. Salah satu daripada tanda2 ketara yang dilihat ialah bagaimana murid2 sudah tidak boleh dikawal lagi oleh guru2 sehinggakan berani membawa masuk mercun bola dan bermain sesama mereka dengan membakar dan melemparkannya keluar dari jendela kelas secara berterusan. Mengikut mereka tiada seorang pun guru2 yang berani menegur perbuatan murid2 nakal ini kerana takut kereta mereka dicalarkan oleh murid2 ini.
Mereka kata, perkara ini telah pernah disuarakan dalam mesyuarat PIBG tetapi Pengetua dan guru2 lain tidak bersetuju kerana mereka takut nama sekolah jadi tercemar jika ada murid2nya didapati terlibat. Oleh itu, biarlah mereka diperiksa di luar kawasan sekolah sahaja.
Komen peribadi saya :-
Saya pun bersetuju juga jika operasi ini boleh dilaksanakan dengan kerjasama Kementerian Kesihatan dan AADK. Nama baik sekolah tiada kena mengena dengan operasi ini kerana tujuannya adalah untuk kebaikan sekolah itu juga. Lagi pun jika ianya dilaksanakan, operasi ini akan dijalankan secara menyeluruh untuk semua sekolah yang dikenalpasti ada kemungkinan ramai murid2nya terlibat.
Sekurang2nya amalan ini boleh menghalang gejala dadah ini dari merebak berterusan di keatas murid2 dan tindakan keatas mereka boleh diambil seperti program pemulihan dan lain2.
Jika dahulu ada hukuman rotan atau 'public caning' yang telah terbukti berkesan mendisiplinkan semula murid2, saya yakin operasi bersama pihak polis ini boleh juga mencapai tujuan yang sama.

No comments:

Post a Comment