Monday 9 June 2014

AJK UMNO Bahagian Pasir Puteh Kelantan

pengalaman saya dalam politik bukanlah banyak sangat dan tidaklah juga memegang sebarang jawatan penting atau tinggi
sekadar ahli biasa sejak 1983 dan terakhir menjadi su cawangan sahaja dibawah ketua cawangan YBhg Dato' Pahamin A. Rajab di Cawangan Kg Gelam belakang JKR Pasir Puteh
selebihnya pernah memegang jawatan sebagai pegawai perkhidmatan umno bahagian menguruskan hal ehwal kebajikan orang ramai dan pernah juga menjadi wakil calon pilihanraya umum
iaitu pada zaman YBhg Datuk Hj Kamaruddin Mohd Nor menjadi Ketua UMNO Bahagian Pasir Puteh 
sebab itu saya boleh menceritakan sedikit sebanyak tentang perubahan yang berlaku diantara yang lama dan yang baru
salah satu perbezaan yang ketara ialah sikap rendah diri dan ramah mesra orang2 parti yang sudah tidak lagi ada sejak akhir2 ini
pada masa dahulu orang2 bahagian sangat matang dan disukai oleh orang ramai
kini segalanya sudah berubah
orang yang menang ditempat terakhir dalam bahagian pun sangat sombong dan berlagak melebihi ketua bahagian
barangkali betullah sepertimana ramai yang berkata
inilah akibatnya apabila parti dipenuhi oleh orang2 yang tidak berpelajaran
bayangkanlah kalau seorang bekas tukang kebun sekolah pun boleh menjadi ajk bahagian
bagaimana seseorang seperti itu hendak berfikir dengan jawatan politik yang disandangnya?

(nota khas :- saya sangat bersetuju apabila YBM Dato' Seri Tengku Adnan Tengku Mansor SU Agung UMNO mahu supaya kaum guru lepasan ijazah kembali semula memainkan peranan mereka dalam politik iaitu UMNO)

No comments:

Post a Comment