Friday 20 June 2014

Kantin Sekolah Rendah dan Makanan Ringan

isu ini sebenarnya dah lama diketahui dan dipercakapkan orang ramai di semerak
tapi saya tak berapa minat nak ambil tahu dan postkan dlm fb atau terbitkan dalam blog saya sebelum ini
pagi ini sekali lagi saya diminta supaya menulis mengenai rungutan orang ramai ini
atau kalau boleh sampaikan kepada pihak atasan di kementerian atau jabatannya di peringkat negeri
saya pun balik dan menulis sekarang
ianya mengenai makanan yang dijual kepada murid2 sebuah sekolah rendah di semerak
ibubapa yang berkenaan ini kata
makanan yang dijual kepada murid2 sekolah ini terlalu mahal disebabkan kuantitinya terlalu kecil
kalau mee sup hanya beberapa urat mee sahaja dengan harga RM1
perkara keduanya pula ialah
terlalu banyak makanan ringan yang dijual di kantin sekolah ini berbanding kueh mueh
sudah tentulah makanan ini tidak berkhasiat bahkan dilarang pun dijual di sekolah
yang menghairankan mereka
mengapa guru besar sekolah yang berkenaan ini membiarkannya sahaja?
apakah oleh kerana dihidangkan makanan dan minuman percuma setiap hari maka sebelah mata ditutup sahaja?
mengapa ppd daerah tidak mahu melakukan pemeriksaan mengejut dari masa kesemasa?
padahal peraturan menjual makanan di sekolah sudah ditetapkan oleh
kementerian?
saya berkata
mengapa tidak dibawa ke dalam mesyuarat agung pibg?
mereka kata tak guna juga
pengerusi pibg dan ajk semuanya anak buah guru besar
lagi pun pibg tidak kemana dalam soal2 seperti ini

No comments:

Post a Comment