Saturday 28 June 2014

Gantung Sekolah Kerana Mercun

Diharapkan tindakan disiplin menggantung sekolah yang telah diambil terhadap beberapa orang murid sebuah sekolah menengah di semerak akan menjadi contoh kepada murid2 yang lain bahawa membawa masuk dan membakar mercun bola dalam kawasan sekolah atau tandas (menggunakan lingkaran ubat nyamuk) adalah satu kesalahan yang serious.

Musim bola piala dunia bukan bermakna bermain mercun bola dalam sekolah dibenarkan.

Tahniah dan Syabas diucapkan kepada pihak Pengetua dan Guru Disiplin kerana ketegasan anda.


Ibubapa kepada murid2 yang terlibat pula harus mengambil sikap yang positif kerana ianya adalah semata2 untuk mendisiplinkan semula murid2 itu.

Semoga menjadi contoh kepada sekolah2 yang lain untuk diambil tindakan yang sama jika terdapat juga gejala disiplin seperti ini.

No comments:

Post a Comment