Tuesday 10 June 2014

Gaji RM5k Keatas No Ron 95

petang tadi saja2 saya keluar ke kedai kopi di semerak
sudah ada di situ seorang guru kanan lepasan ijazah sedang minum teh
bila saya sampai dia pun terus hulur salam dan ajak saya 'makette'
saya bukan selalu jumpa dengan dia
dia kata ini peminat blog 'AbeLek RM'
dia kata dia tak pernah missed artikel yang keluar
saya kata buat apa cikgu baca blog saya
bukannya isu2 besar dan tinggi pun
cuma isu2 kecil dengan ayat2 kampong sahaja
dia kata isu besar untuk orang2 besar
dia hanya rakyat biasa yang mengundi sebagai pengundi biasa sahaja
bukan pun mengundi parti tetapi mengundi calon
sebab dia bukan ahli mana2 parti politik sejak dari dulu lagi
saya pun tanya dia
habis tu baru2 ni undi sapa?
dia bagitau kepada saya secara jujur tetapi saya tak boleh bagitaulah di sini
lalu dia pun minta saya tulis sesuatu tentang ura2 kerajaan nak kuatkuasakan penggunaan minyak petrol pada 1 sept 2014 ini dengan sekatan terhadap rakyat yang berpendapatan melebihi RM5k sebulan tidak lagi dibenarkan menggunakan ron 95
katanya kalau jadilah kerajaan menguatkuasakan undang2 seperti ini
dia kata dia yakin semakin bertambah ramailah lagi kakitangan kerajaan yang akan berpaling tadah menyokong dan mengundi parti pembangkang dalam pru14 nanti
dia kata dahlah ketiga2 anak dia yang masuk u tak dapat ptptn
minyak pula kena pakai hak mahal
oleh itu lebih baiklah kerajaan menyemak semula cadangan ini dan adakan rundingan dengan pihak2 yang terlibat semasak2nya sebelum undang2 ini dikuatkuasakan
mohon kawan2 sumbangkan pendapat dan pandangan
saya akan copy & paste ke dalam blog saya nanti dari masa kesemasa
terima kasih.


  • Mohamed Azmi Nanti mungkin beratur panjang di stesen minyak semak pengesahan Gaji....
  • Azahar Idris menyusahkan
  • Fauzi Shaffie Jutawan yang punya kedai 4 pintu di Pasir Puteh masih tetap boleh beli RON95 sebab dia bayar income tax pun tak sampai seribu riyal . . . . kesian orang-orang yang eat salary.
  • Mohamed Azmi Like most....
  • Wan Malek cikgu lulusan u itu berkata, walaupun gaji beliau memang melebihi RM5k sebulan, namun orang tak tahu tanggungan beliau besar, mana loan rumah, mana loan kereta, mana itu mana ini, sehinggakan 3 anaknya yg belajar di u pun kena hantar setiap seorang RM1k setiap bulan kerana tak layak utk dapatkan pinjaman ptptn, sebab itu beliau merungut kalaulah minyak kereta pun tak boleh nak pakai hak murah sikit, seolah2 orang yg macam dia dinafikan hak membeli sesuatu di pasaran
  • Wan Malek interesting, sila participate kawan2 yg lain, please
    18 minutes ago · Like


    • Abdul Manaf Daud Salah 1 sifat buruk kerajaan/jentera perlaksana negara kita ialah suka terburu nafsu. Belum pun buat kajian menyeluruh dah nk laksanakan. Mereka lbh gemar berpegang kpd fantasi berbanding realiti.
    • Norin Yacob Tak baca lagi .. Kenalah baca ...
    • Kaswandi Md Ambia Bila kita pilih calon dan masukkan kertas undi ke dalam peti undi, kita 'menaruh harapan', namun berapa lama kah harapan tu 'berkecai'...setahun, dua?, tiga, lepas tu kita undi lagi 'parti' yg sama dan menaruh harapan lagi... kitaran ni bila nak abis??.

No comments:

Post a Comment