Wednesday 25 June 2014

Rombakan Kabinet?

komen oleh YBhg Prof Madya Dato' Dr Muhammad Agus Yusoff mengenai rombakan kabinet yang saya copy & paste dari status FBnya
ayat2 yang condong itu saya sendiri yang condongkan dan highlight kerana saya ada anak oku yang saya rasa perlu disemak semula bantuan bulanannya sepertimana yang saya telah tulis sebelum ini seccara ringkas itu

KABINET: BUKAN ROMBAKAN TETAPI PENAMBAHAN

Senarai baru kabinet telah diumumkan. Antara reaksi segera ramai penganalisis ialah ini bukan rombakan, tetapi penambahan ahli kabinet yang membolehkah negara kita masuk dalam senarai mempunyai ahli kabinet teramai di dunia.

Pertanyaan lain ialah tidak membazirkah kita dengan mempunyai ahli kabinet yang ramai itu? Apakah perlu kita mempunyai ramai menteri di Jabatan Perdana Menteri? Apakah bidang tugas mereka?

Dari sudut lain pula, ada yang menyatakan ini merupakan tindakan strategik PM kerana tidak merubah kedudukan kabinet yang ada. Bila menteri kekal, maka tidak tergoncangkan kedudukan politik kerajaan.

Saya pula mengharapkan rombakan kabinet, bukannya penambahan ahli kabinet. Saya melihat sudah sampai masanya beberapa menteri ditukar ke kementerian lain atau digugurkan, tetapi itu tidak berlaku.

Dan dengan pengumuman tadi, tentunya menteri yang sejak seminggu dua ini tidak lena tidur boleh bernafas lega. Harapan saya, setelah nafasnya tidak lelah lagi, tengoklah rakyat dan bekerjalah untuk rakyat.

Tengoklah jalan sesak dan jam, tetapi tol terpaksa dibayar. Tengoklah tarif lektrik naik, tetapi bekalannya terputus, tengoklah nasib orang miskin dan OKU yang terbiar, tengoklah sekolah yang dimuatkan anak murid seramai 45 orang di dalamnya dengan kerusi bangku yang semakin tidak bermutu, tengoklah keresahan rakyat ini. Dengarlah rintihan mereka..


Pesan saya pada menteri, bertindaklah dengan visi dan misi yang baru. Janganlah selepas kabinet hendak dirombak lagi, baru perasaan mula resah semula.

No comments:

Post a Comment