Sunday 22 June 2014

Anak-Anak Muda dan Politik Negara

Saya rumuskan kesemua persoalan yang dilontarkan oleh YBhg. Prof. Dato' Dr. Mohammad Agus Yusoff ini dalam satu ayat ini :-
Generasi muda bencikan satu perkara pokok yang menjadi musuh nombor 1 negara yang sehingga hari ini belum lagi dilihat keberkesanan pembasmiannya secara serious oleh pihak pemerintah iaitu "RASUAH" 

MOHON BERIKAN PANDANGAN TENTANG HALATUJU POLITIK ANAK MUDA

Saya sedang mengumpulkan maklumat untuk menyiapkan sebuah tulisan tentang Halatuju Politik Anak Muda dalam Menghadapi PRU 2014. Sudah kelam idea saya untuk mencerapnya dengan baik.

Justeru minta tolong berikan saya pandangan tentang perkara berikut:

I. Apakah faktor yang mempengaruhi pemikiran politik anak muda?
ii. Bagaimanakah corak pemikiran politik anak muda sekarang ini?
iii. Apakah anak muda hari ini cenderung pada politik kerajaan atau
pembangkang?
iv. Pandangan anak muda tentang politik BN dan PR hari ini.
v. Apakah yang anak muda harapkan dari politik hari ini?
vi. Apakah yang perlu dilakukan untuk menarik anak muda terlibat dalam politik
atau menyokong sesuatu parti-parti politik?
vii. Lain-lain komen yang difikirkan perlu.

Mari kita berkongsi pandangan tentang hal ini. Teri a kasih.

No comments:

Post a Comment