Wednesday 11 June 2014

Pembetulkan Juga PERKASA Dari Dalam


Disamping sibuk melakukan kerja2 pelancaran diluar negara,
PERKASA hendaklah juga jangan lupa membetulkan apa yang masih tidak betul dalam negara sendiri.
Saya ingin cadangkan supaya kepimpinan daerah di'reform' sepenuhnya dengan segera.
Contoh di tempat saya,
Pengerusi Daerahnya lebih baik digantikan.
Jika tidak,
orang2 seperti saya akan terus terhalang untuk masuk dan aktif bersama membantu.
Diantara sebab2nya ialah :-
1. suka berjanji tetapi tidak menunaikannya
2. tidak berupaya mempertahankan hak ahli2
3. tidak ada kelas apabila dalam mesyuarat pun tergamak memberitahu roti dan air kotak beli dengan wang sendiri
4. suka memberitahu kpd orang beliau dilantik jadi pengerusi kerana rapat dengan Presiden dan tidak ada orang lain yang Presiden mahukan di Pasir Puteh kecuali dia. (orang lain yang rapat dengan PM pun tak bagitau kepada orang)
5. sudah uzur
Secara terbuka saya ingin cadangkan supaya YBhg Datuk Paduka Presiden menggantikannya dengan YBhg Dr. Fauzi Shaffie, Pensyarah Kanan Multimedia University, Cyberjaya. Selain daripada beliau berasal dari Pasir Puteh dan selalu pulang berulang alik kerana isterinya ada rangkaian tadika di seluruh Malaysia termasuk di Pasir Puteh, beliau juga layak kerana :-
1. sifat amanah dan jujurnya
2. berkebolehan memimpin dan berpengalaman dalam urusan kepimpinan atau 'leadership'
3. berpendidikan tinggi (PhD)
(nota khas: saya harap Sdr Dr Fauzi Shaffie jangan tolak kerana sudah tentu ramai yang akan menyokong dan saya berjanji akan membantu di belakang bersama kawan2 yang lain sebagai AJK)

No comments:

Post a Comment