Wednesday 18 June 2014

Bekalan Air

Masalah bekalan air yang tidak mencukupi selama ini telah diambil kesempatan oleh kontraktor yang dilantik oleh kerajaan negeri untuk membina dan menyelenggara sistem bekalan di loji2 bekalan air.
Penipuan ini tidak disedari oleh kerajaan negeri walaupun kos yang dibazirkan (kira2 40%) melalui bayaran tuntutan kerja kepada syarikat2 yang berkenaan itu sangat besar jumlahnya sehingga mencecah ratusan juta ringgit setiap tahun.
Mungkin disedari oleh pihak2 diperingkat teknikal tetapi tidak dilaporkan.
Kasihan kepada kerajaan negeri.
Agamanya kuat tetapi mudah ditipu dan diperalatkan oleh pihak2 yang tertentu (termasuk yang bersubahat) untuk mengaut keuntungan berlipat kali ganda secara percuma
gambar contoh 1: - loji mengepam air yang didakwa berkapasiti 14 juta liter sehari dan jumlah inilah yang dibuat tuntutan bayaran

gambar contoh 2: - tangki menyimpan air berkapasiti 8 juta liter sehari tetapi jumlah sebenar ini bukan jumlah bekalan yang dibuat tuntutan bayaran. Jumlah yang dibuat tuntutan ialah 14 juta liter sehari iaitu jumlah yang dikatakan dipam naik.
Jika harga yang dibayar kepada syarikat yang berkenaan, katakan 25 sen seliter, maka jumlah lebihan sebanyak (14 juta liter jumlah kononnya yg dipam naik tolak 8 juta liter jumlah sebenar di tangki) = 6 juta liter sehari x RM0.25 = RM1.5 juta baru sehari, sebulan ialah RM1.5 juta x 30 = RM45 juta, jika setahun RM45 juta x 12 bulan = RM540 juta sedangkan bekalan airnya tiada untuk rakyat. Alasan:- itulah kos yang terpaksa ditanggung oleh kerajaan akibat kebocoran paip yang tidak dapat dikesan kerana keluasan rangkaian bekalan seluruh negeri.


No comments:

Post a Comment