Thursday 9 January 2014

Sumbangan Penyelia PAS DUN Semerak



Program Sumbangan Oleh Penyelia PAS DUN Semerak

Pada malam 25hb Disember 2013 yang lalu, saya telah diundang ke Dewan Penggawa Daerah Semerak oleh Sdr Wan Hassan Wan Ibrahim Penyelia PAS DUN Semerak sebagai tetamu khas majlis penyampaian hadiah dan sumbangan kepada orang ramai sempena Hari Keluarga DUN Semerak yang telah dirasmikan oleh YB Mumtaz, Exco Pembangunan Keluarga Negeri Kelantan.

Program disiang hari sebelum itu sangat meriah di perkarangan dewan dengan pelbagai acara pertandingan dan sukan rakyat. Manakala dimalamnya pula, selain penyampaian hadiah dan sumbangan termasuk pakaian sekolah kepada murid-murid miskin, acara-acara selingan seperti deklamasi sajak, nasyid berkumpulan murid-murid perempuan sekolah arab, rawi oleh perawi jemputan, ucapan-ucapan ringkas dan nyanyian juga mendapat sambutan orang ramai yang memenuhi dewan. Saya hadir kerana dijemput dan diberikan penghormatan untuk sama-sama menyampaikan hadiah kepada orang ramai.

Susulan program yang diadakan itu, orang ramai berkata, calon BN yang menang dan menjadi wakil rakyat dalam PRU13 yang lalu tetapi yang menghulurkan beg dan pakaian sekolah kepada murid-murid miskin ialah calon yang kalah. Yang menang tidak membuat sebarang sumbangan dalam bentuk ini sehinggalah sesi awal persekolahan 2014 bermula..

‘No further comment’ dari saya.

Oleh
Wan Ab Malek Bin Wan Noh
Semerak. 

No comments:

Post a Comment