Wednesday 1 January 2014

KRT Cherang Ruku (Semerak), Pasir Puteh, Kelantan.

Susulan dari artikel terdahulu mengenai rungutan orang ramai berkaitan dengan KRT Cherang Ruku, berikut ialah emel yang telah saya hantar kepada YBhg Ketua Pengarah JPNIN...
 
Yang Berbahagia,
Dato' Azman Amin Bin Hassan,
Ketua Pengarah,

Jabatan Perpaduan Negara dan Integrasi Nasional,
Putrajaya.

YBhg. Dato',
Assalamualaikum

Per: Jawapan oleh Pengerusi KRT Cherang Ruku Susulan Artikel Saya

Berikut ialah jawapan bertulis secara 'copy & paste' yang telah diposkan ke dalam Facebook oleh Pengerusi KRT Cherang Ruku (Semerak), Pasir Puteh, Kelantan ekoran artikel saya mengenai rungutan ahli-ahli KRT Cherang Ruku terhadapnya. Artikel yang dimaksudkan itu telah saya emelkan semalam kepada alamat emel yang sama ini dari salinan yang dihantar kepada YBhg. Puan Safidah Bt Abu Samah, Pengarah JPNIN Kelantan juga melalui emelnya.

Besarlah harapan saya semoga pihak YBhg. Dato' melalui JPNIN Kelantan dapat kiranya mengambil perhatian yang sewajarnya. Jika jawapan dari Pengerusi KRT Cherang Ruku itu benar terutamanya mengenai dana peruntukan, orang-orang Cherang Ruku (Semerak) bolehlah menerimanya dengan seadanya. Jika sebaliknya, orang-orang Cherang Ruku (Semerak) terutamanya ahli-ahli KRT berharap sesuatu dapat dilakukan untuk memperbetulkan keadaan.

"Wan Ziz Noh KRT - Bermaksud Kawasan Ruku Tetangga. Berbentuk NGO Atau Sukarelawan Sahaja. Sama Seperti Pertubuhan - Pertubuhan Belia Dan Persatuan Sukarelawan Lain. Antara Aktiviti Utama Mendapat Kelayakan Jabatan JPNIN Menubuhkan KELAS TADIKA PERPADUAN Dan Aktiviti Kedua Terpenting Ialah Pemantau Dan Pelapor Perpaduan Rakyat Didalam Kawasan KRT. Ada Pun Yang Terlibat Kawalan Keselamatan Itu,Bukan KRT, Dia Dibawah SRS (SKIM RONDAAN SUKARELAWAN) KRT Pekan Cherang Ruku Setakat Ini Tidak Menubuhkan SRS Lagi.Maka Peruntukan Kewangan SRS Tidak Ada Dan Tidak Disalur Pun. . Begitu Juga Tidak Ada Pun Peruntukan Tetap Kewangan, Yang Ada Hanya Peruntukan Jika Mengadakan Program . Program Yang Hendak Dibuat kena Bincang dan Daptkan Kelulusan Pegawai Dahulu .Boleh Buat Program Bergantung Pada Kelulusan. Begitu juga Sedikit Geran Pruntukan Pentadbiran KRT Tahunan Juga Kena Minta Dan Isi Borang Setiap Tahun. Jika Terlupa Isi Borang Tidak Ada Geran Bantuan Tersebut. Walau Bagaimana Pun KRT Pekan Cherang Ruku, Masih Aktif,Mesyt JK Dijalankan, Aktiviti - Aktiviti Juga Berjalan. Antara Aktiviti Yang Telah Dilaksanakan, 2013 (1). PERMAINAN PUTERI TRADISONAL PERPADUAN . ( 2.) PERTANDINGAN BADMINTON TERTUTUP PERPADUAN SEMERAK.(3). MARI MENONTON BERSAMA SKRIN BESAR BOLA SEPAK,(4). JAMUAN KERAIAN AJK BERSAMA PEMIMPIN TEMPATAN.(5). PENYERTAAN BERSAMA MENTERI JPN DI MACHANG.(6). AKTIVITI -AKTIVITI BERSAMA JABATAN PERPADUAN NEGARA DAN INTEGERASI NASIONAL DAERAH DAN NEGERI. (7).PEROGRAM KURSUS JIRAN MUDA DI SUDARA BEACH BACHOK BERSAMA JPNIN KELANTAN. Untuk Menampong Kewangan Program Tersebut Pengerusi KRT Dapatkan Tajaan Agensi Dan Pihak Pihak Dermawan. .Untuk Aktiviti 2014 InsaAllahj AJK Akan Mengadakan Mesyuarat Dan Takwinnya Dalam Tempoh Terdekat Ini. Terima kasih."
11 hours ago · Like

Sekian sahaja dari saya. Terlebih dahulu saya bagi pihak semua ahli KRT Cherang Ruku (Semerak) mengucapkan ribuan terima kasih diatas perhatian pihak YBhg. Dato'.

Assalamualaikum dan Selamat Tahun Baru 2014.

Wan Ab Malek Bin Wan Noh
Cherang Ruku (Semerak)

No comments:

Post a Comment