Sunday 12 January 2014

Respon Positif Jabatan Kesihatan Negeri Kelantan

saya ada satu soalan nak tanya Jab Kesihatan Neg Kelantan...
tidakkah seorang MA yang bertugas malam di bahagian kecemasan perlu berada di dalam kawasan pusat kesihatan sepenuh masa pada waktu beliau bertugas supaya jika ada kecemasan beliau pun senang untuk dihubungi dan dicari? Tidakkah menjadi suatu kesalahan jika MA yang bertugas itu pulang ke rumah di luar kawasan pusat kesihatan?
  • Jabatan Kesihatan Negeri Kelantan Terima kasih atas atas pertanyaan dan keprihatinan tuan. Untuk makluman tuan, berdasarkan kepada Polisi Operasi Kecemasan di Klinik Kesihatan dan Klinik Desa KKM, perkara 7.2 semua anggota bertugas mesti berada di dalam kawasan klinik mengikut giliran dan jadual yang ditetapkan. Di luar waktu pejabat, nama anggota bertugas dan no telefon dipaparkan diluar Unit Kecemasan untuk dihubungi ketika kecemasan. Klinik kesihatan telah disediakan kuarters dan wajib diduduki oleh Pegawai dan anggota khususnya untuk tugasan atas panggilan ( on call) di luar waktu pejabat, hari cuti dan kelepasan am.

    Terima kasih.
  • Wan Malek terima kasih banyak2 tuan diatas maklumat
     
    Tuan, saya ada satu lagi soalan. Apakah polisi membekalkan ubat-ubatan kepada pesakit luar tanpa beg plastik akan dikekalkan? Saya sentiasa melihat terdapat pesakit-pesakit tua tidak selesa yang terpaksa memegang ubat-ubatan dalam tangan dan kadang-kadang ada yang terjatuh ke lantai. Mereka adalah orang-orang kampong yang tidak faham tentang polisi kerajaan. Bolehkah kerajaan mempertimbangkan supaya beg plastik disediakan semula di klinik-klinik kerajaan untuk kemudahan orang ramai?
    terima kasih.
     

1 comment:

  1. abe lek semakin lama semakin bagus..nampak transformsi daripada sekadar menulis, memberi pandangan, mengkritik kepada mengambil inisiatif..kalau dahulu perkara2 mcm ini dianggap tugas wakil rakyat..sebenarnya tugas menulis macam ini pun adalah tugas 'wakil rakyat' dalam posisi yang tersendiri..tuan lah 'wakil rakyat ' itu..saya semakin seronok mengikutinya. salam. zainudin, UUM

    ReplyDelete