Friday 6 December 2013

Sikap Sombong Pemimpin Kampong BN yang Semakin Menjadi-Jadi

Program anak angkat pelajar universiti sedang berlangsung di Semerak.
Tidak diketahui anjuran siapa kerana saya tidak dimaklumkan walaupun program diadakan dalam kawasan perumahan dimana saya tinggal.
Pelajar-pelajar disuruh berjalan kaki melawat rumah-rumah dalam kawasan itu untuk menjemput penghuni hadir ke satu majlis dimana pegawai KPNDKK akan membuat ceramah.
Satu lagi contoh sikap sombong dan angkuh pemimpin kampong BN yang semakin hari semakin menjadi2 sejak BN mengambilalih kerusi DUN Semerak.
Tidak mahu memaklumkan kepada penghuni secara umum atau menyeluruh tetapi memilih2 namun mahukan orang ramai hadir jika ada program yang dihadiri oleh pegawai kementerian untuk tujuan 'meramaikan' orang sahaja supaya program dilihat ada sambutan dan pemimpin2 tempatan ini pandai serta dihormati padahal sebenarnya tidak.

No comments:

Post a Comment