Thursday 12 February 2015

TGNA Satu Nama Besar

pada satu waktu dulu
saya hadir bersama isteri saya ke satu majlis ceramah anjuran umno bahagian pasir puteh
masa tu saya masih dalam umno dan rapat dengan ketua bahagian
ceramah itu diadakan di sekolah menengah cherang ruku
penceramah jemputan ialah ummi hafilda ali
mengikut makluman beliau datang untuk bercerita tentang kisah beliau dan dsai
oleh kerana namanya agak terkenal pada masa tu
maka ramailah yang datang untuk mendengar
malang sungguh pada malam itu
start2 beliau terus kutuk dan maki hamun tgna
sesuatu yang orang anggap tiada kena mengena dengan tajuk ceramah
kebetulan saya ada handphone nokia
saya rakam ucapannya dari awal sampai akhir termasuk ucapan alu2an ketua bahagian
ucapan ketua bahagian ok walaupun beliau kutuk sesiapa pun kerana sememangnya beliau orang politik
tetapi kalau ummi hafilda yang kutuk
tambah2 terhadapa tgna
bukan sahaja orang pas yang marah
orang umno sendiri pun marah juga
saya ada dengar seorang veteran umno sebelah saya berkata
'kalu mari nak kecek lagu ni, ambo pun buleh'
kerana bagi orang kelantan
lebih baik orang luar yang datang ke kelantan jangan kutuk tgna
tambah2 topik ceramah malam tu tiada kaitan dengan tgna
esoknya
saya terus ke kedai komputer dan salin rakaman saya ke dalam cd
lepas siap saya tulis satu surat kepada pm merangkap presiden umno dan poskan bersama dengan cd itu
saya kata dalam surat itu
lebih baik jangan dibiarkan lagi ummi hafilda datang ke kelantan kalau sekadar datang nak kutuk tgna
lepas tu ummi tak kedengaran datang lagi
dan namanya pun tidak lagi dijulang2 seperti sebelumnya

No comments:

Post a Comment