Monday 9 February 2015

Pendakwah Yang Nak Jadi Orang Politik

tuan2 tengoklah hari ini apa yang terjadi
seorang pendakwah tersohor pun sudah dimarahi bahkan dicela hebat
sebelum ini beliau tidak pernah dijadikan sasaran atau pun target
apabila beliau menjadi penceramah siaran langsung tv contohnya
namanya cukup hebat dijulang dan dipuji
kerana kefasihan dan kepetahannya berceramah dengan gayanya yang tersendiri
beliau menjadi pujaan kerana cara penyampaiannya lain dari yang lain
hari ini namanya mulai dikutuk hebat pula sebaliknya
hanya semata2 disebabkan sepatah dua perkataan yang dianggap keterlaluan atau tersasar
sebab itu lama dulu saya pernah menulis dalam artikel blog saya
bahawa
'bercakap ialah kerja yang paling mulia dan mahal dalam dunia
sebab itulah juga kerja para nabi dan para rasul
sebab itulah juga tiada pemimpin dunia yang bisu
pm malaysia pun tiap2 hari bercakap
manakala menulis pula menjadi kerja kedua paling mulia dan mahal
kerana al-quran pun terhasil dalam bentuk tulisan setelah di'pertuturkan' wahyunya oleh rasululLah saw
maka seorang pendakwah tidak seharusnya silap dalam berkata2
kerana apa yang dikata tidak boleh ditarik balik
atau dipadamkan dengan getah pemadam atau liquid paper keatas tulisan
beliau hendaklah bijak menimbang dan seimbangkan kata2nya bersesuaian denga segenap lapisan masyarakat Islam yang ada dalam negara ini
kecualilah jika beliau hendak menjadi orang politik pula
maka kenyataan2 seperti itu bolehlah dianggap sebagai perkara biasa sahaja
tak kiralah samada disengajakan atau pun tidak

No comments:

Post a Comment