Monday 9 February 2015

Parti IKATAN Akan Dilancarkan Tak Lama Lagi

zaman sudah berubah
dulu rakyat yang belanjakan minum kopi wakil rakyat
sekarang wakil rakyat yang kena bayar habis satu kedai
dulu sebelum jadi wakil rakyat
dia akan kata
'kalu ambo bene ambo akan bangunkan daerah kita'
dia tak payah bagitau dari mana peruntukan pembangunan itu kerana dia tahu orang kampung pun tahu ianya dari kerajaan
sekarang masa kempen pun ayat seperti itu sudah tidak relevan lagi
bila jadi wakil rakyat dia akan merungut di sebelah isterinya
'mano dan gaji abe nak tulun rakyat'
jadi jalannya ialah
cari projek dan cari kontraktor
buat mou 10 atau 15 persen
kononnya untuk rakyat juga sebab elaun tak cukup
tidak bolehkah kita balik ke zaman asal semula?
dimana orang ramai berebut2 nak bayar kopi dan kueh wakil rakyat?
bukan kerana dia boleh bawa balik projek sahaja
tetapi kerana kebolehannya memimpin dan otaknya yang bijak?
jika tak boleh juga kerana zaman sudah berubah
dan tiada parti yang mampu mengubahnya
bagaimana jika 'IKATAN' diberikan peluang nanti?

sekadar bertanya dan mengesyorkan
— with Red Judge and 7 others.

No comments:

Post a Comment