AbeLek RM


Saturday, 28 February 2015

Apa Erti Sebenar PRK DUN Chempaka?

asas politik bagi seseorang yang bukan seorang ahli politik profesional seperti saya ialah begini .....

"bahawa bertanding sememangnya semua orang nak menang
tapi bukan itu sahaja matlamatnya,
matlamat sampingan yang tak kurang pentingnya ialah,
nak tengok samada naik atau turun majoriti berbanding pru13 yang lalu di chempaka,
dan itulah dari segi politiknya,
ini kerana dun chempaka dianggap nadi dan lambang di kelantan dengan selama ini tgna di situ,
menang pas lagi di chempaka dengan majoriti yang tak banyak berubah atau bertambah,
itu tandanya kelantan masih ditangan pas pada pru14 ini nanti,
walaupun tanpa tgna lagi,
menang pas lagi di chempaka tapi dengan majoriti yang berkurangan,
itu bahaya bagi pas kelantan pada pru14 nanti,
kalah pas di chempaka,
itu tandanya mala petaka bagi pas kelantan pada pru14 nanti."
oleh itu bagi saya
(bahkan bagi brehim ali dan kak lah sendiri pun sama)
iaitu bukan soal siapa yang masuk lawan pas di chempaka
yang penting ialah pas diberikan tentangan
dan seharusnya umno sendirilah yang mengujinya
sebab itulah
bila umno tak berani
maka orang lainlah yang masuk dan tolong uji dan ukur."


  • Wan Malek umno di bawah tok pa tak bijak mencatur strategi politik kelantan walaupun dia sendiri orang kelantan, annuar musa lebih bijak atau kuli
    42 mins · Like
  • Wan Malek masa dalam umno saya sudah lama cadangkan supaya beliau digantikan dengan seorang pemimpin lain yang lebih berkebolehan
    3 mins · Like
Posted by Dato Wan Malek at 17:26 No comments:
Email ThisBlogThis!Share to XShare to FacebookShare to Pinterest

Saturday, 21 February 2015

Sengkuan Calit Oldtime

'sengkuang calit oldtime' mula beroperasi di kuala besut petang ini dari jam 3 petang
franchise paling jauh dalam record dari kuala lumpur di pantai timur setakat ini
bertempat di cabang tiga kuala besut
dari semerak sampai cabang tiga
ke kiri kg raja
ke kanan bukit puteri tudm
kalau kereta sampai dari semerak di cabang tiga itu
kiosk ini di sebelah kanan
boleh nampak logonya seperti di bawah ini
mana yang nak cuba
kunjungilah
franchisee bakal menantu saya
'kak uji'



Posted by Dato Wan Malek at 22:59 No comments:
Email ThisBlogThis!Share to XShare to FacebookShare to Pinterest

Friday, 20 February 2015

Kereta Presiden IKATAN?

katanya ini kereta peribadi tan sri presiden IKATAN
tapi masa saya di kediamannya di the mines baru2 ini
tak nampak pun kereta ni
mungkin bawah tanah
atau dikediamannya di baling kot
atau baru beli
fuhhh dahsyat kayanya bekas menteri ni
kediamannya di baling pun orang kata macam istana
(saya tak pernah gi yang di baling tu)
tapi nape orang kata dia dah lawan kerajaan pulak?
setahu saya parti barunya IKATAN bebas
bukan untuk lawan kerajaan atau mana2 pihak
itu yang dimaklumkan kepada saya dan kawan2 yang lain olehnya sendiri masa kami dipanggil olehnya ke rumahnya pada hari itu

kalau betul
kayanya parti baru ini
dari mana dana?
mohon komen
— with Mohd Nor Abu Ilham and 19 others.
 
 
Posted by Dato Wan Malek at 17:39 No comments:
Email ThisBlogThis!Share to XShare to FacebookShare to Pinterest

Tuesday, 17 February 2015

Parti Ikatan Bangsa Malaysia atau IKATAN


Parti baru ini telah ditubuhkan dalam bulan Mac 2014 yang lalu. Pengasas dan presiden pertamanya ialah YBhg Tan Sri Datuk Seri Panglima Abdul Kadir Sheikh Fadzir. Semua orang kenal beliau kerana beliau merupakan diantara bekas-bekas menteri kabinet yang agak lama juga berkhidmat.

Parti ini belum lagi dilancarkan pada peringkat kebangsaan. Pada mulanya program pelancarannya hendak dibuat dalam bulan januari 2015 yang lalu tetapi telah ditunda kepada satu tarikh yang lain. Tarikh yang diura-urakan itu ialah pada penghujung bulan mac 2015 ini. Tidak pastilah saya samada tarikh yang ditunda ini akan ditunda lagi atau pun tidak.

Mengikut maklumat yang saya diberitahu, urusan perlantikan pengerusi-pengerusi perhubungan menghadapi masalah terutamanya di negeri-negeri Sabah dan Sarawak. Mungkin pada masa ini urusan perlantikan itu sudah selesai tetapi yang nyata perlantikan untuk negeri Kelantan belum lagi selesai. Ini disebabkan tiada tokoh yang berminat untuk menjawat jawatan itu di negeri Kelantan.

Walau bagaimana pun, perlantikan Setiausaha Kerja Pusat telah selesai apabila bekas Setiausaha Agung MAYC dilantik dan sudah pun memulakan tugasnya.

Sudah tentulah sebuah parti baru seperti ini menghadapi masalah untuk membariskan kepimpinannya baik diperingkat pusat mahu pun diperingkat negeri-negeri. Orang tidak tahu banyak tentang parti baru ini. Mereka hendak tahu siapa sebenarnya di belakang parti baru ini, jika ada, selain daripada halatuju dan matlamat politiknya. Pada mereka, jika ianya sebuah parti yang hanya diasaskan oleh seorang tokoh seperti YBhg Tan Sr Abdul Kadir ini, minat mereka tidak begitu tinggi untuk menyertainya. Sebaliknya, jika parti ini ada di belakangnya tokoh-tokoh tertentu yang lebih ternama, mungkin mereka akan memberikan pertimbangan untuk menyertainya. Sampai sekarang, persoalan ini belum lagi terjawab.

Parti ini sebenarnya bukan sebuah parti melayu seperti UMNO atau pun PAS. Parti ini ialah sebuah parti ‘multi-racial’ dimana siapa sahaja pun boleh menyertainya asalkan warganegara dan cukup umur. Sebab itulah tumpuan diberikan oleh presiden parti kepada negeri-negeri Sabah dan Sarawak. Oleh itu soal mengapa perlu ditubuhkan sebuah lagi parti melayu seperti yang banyak orang percakapkan itu tidak timbul. Parti ini bukan untuk orang-orang melayu sahaja tetapi untuk semua bangsa dan kaum.

Walau bagaimana pun, saya melihat perkembangan dan pembangunan parti ini sangat perlahan. Ianya dapat dilihat secara jelas apabila program pelancarannya pun masih belum dapat-dapat dilaksanakan lagi walaupun jarak tempuh penubuhannya sudah hampir setahun masanya. Inilah petanda pertama dan awal bahawa sambutan terhadap parti ini terlalu perlahan. Saya tidak tahu sebabnya mengapa program ini menjadi begitu lewat dan terbantut. Apa yang jelas bagi saya ialah barisan kepimpinan diperingkat pusat dan negeri dimahukan oleh presiden parti supaya orang-orangnya terdiri daripada kalangan tokoh-tokoh yang ada pengaruh dan kaya. Ini akan lebih memudahkan parti ini menarik orang ramai dan parti pun tidak ada masalah ‘menyara’ mereka.

Jika benar inilah ‘kriteria’ dan pra-syarat yang diletakkan sebagai asas utama dalam memilih barisan kepimpinan pusat dan negeri untuk parti ini, saya tidak yakin parti ini boleh melangkah jauh. Bukan mudah untuk mendapatkan orang-orang kaya supaya memimpin sebuah parti baru seperti ini kerana mereka akan berkata ‘buat apa susah-susah, aku sudah kaya’.

Kalau pun mereka ini berjaya dicari dan dilantik, kesedaran yang diperlukan keatas orang ramai supaya mereka menyertai parti baru ini tidak pula akan dapat ditanam apabila mereka melihat orang-orang yang memimpin semuanya terdiri daripada orang-orang kaya dan bergelar sahaja. Mereka akan berkata ‘parti ini untuk orang-orang kaya sahaja’.

Sepatutnya, parti ini tidak meletakkan asas ini pada peringkat awal seperti ini. Pilihlah siapa sahaja pun yang berminat tanpa perlu terlalu berhati-hati. Kalaulah orang itu ada pengalaman atau pengetahuan politik yang mencukupi dan latar belakang pendidikannya pun tinggi, apa salahnya jawatan-jawatan yang sesuai ditawarkan kepadanya jika orang itu berminat. Kadang-kadang bukan semua orang kaya boleh memimpin. Ramai juga yang miskin mempunyai keupayaan yang jauh lebih tinggi untuk memimpin berbanding dengan yang kaya kerana yang miskin ikhlas sedangkan yang kaya pada kebiasaannya sentiasa terdorong hendak menambahkan lagi kekayaannya.  

Yang perlu diambil sikap berhati-hati ialah halatuju parti ini. Inilah yang masih kabur dan tidak jelas bagi orang ramai. Jika ianya dilihat boleh memberikan kebaikan kepada rakyat dan negara, saya yakin sambutan dan sokongan akan tetap diberikan walaupun perlahan. Jika sebaliknya, ianya akan hanya dianggap sebagai sesuatu yang orang Kelantan biasa sebut ‘gelewak pintu gol’ yang bukan sahaja mengganggu bahkan tidak memberikan sebarang faedah kepada rakyat dan negara.
Posted by Dato Wan Malek at 05:34 No comments:
Email ThisBlogThis!Share to XShare to FacebookShare to Pinterest

Monday, 16 February 2015

UMNO Kelantan Menyerah Kalah Sebelum Berjuang

tok pa tergesa2 bertegas dengan pendirian dan arahan dia supaya tidak diletak calon umno di chempaka
pada saya kalau letak
terdapat dua kemungkinan
menang sebagai harapan
kalah sememangnya dalam tangan
kalau menang seluruh kelantan pas akan kalah dalam pru14 nanti
sebab itu sebenarnya pas pun takut kalau2 umno letak juga calonnya dan menang
walaupun pada zahirnya pas nampak yakin boleh mempertahankannya
kalau kalah pula
itu adalah sememangnya dijangkakan dari awal lagi
kebaikannya ialah tuk him perkasa pun boleh tahu samada undi naik atau turun
jika naik dia akan lipat gandakan usaha dalam pru14 nanti membantu bn
jika turun dia akan gila2 membantu bn dalam pru14 nanti
jika itu dan ini pun tidak juga dapat dipersetujui oleh orang2 umno
jalan akhir ialah masuk 'IKATAN'
Posted by Dato Wan Malek at 04:46 No comments:
Email ThisBlogThis!Share to XShare to FacebookShare to Pinterest

Sunday, 15 February 2015

Dato' Seri Rashid Maidin

kawan lama saya yang masih belum berkesempatan untuk berjumpa
iaitu YBhg Dato' Seri Rashid Maidin (kiri)
dalam gambar ni beliau bersama YBhg Dato' Radzak Malek (kanan)
kami dulu sama2 di itm shah alam pada tahun 70'an
tokoh koporat yang sangat berjaya
dengan 500 jurutera bekerja di firmanya
dan sebuah hospital peribadinya yang hampir siap
selain perladangan kelapa sawit termasuk di sabah
syabas dan tahniah Dato' Seri
semoga terus diberikanNya keberkatan dan kejayaan


Posted by Dato Wan Malek at 22:20 No comments:
Email ThisBlogThis!Share to XShare to FacebookShare to Pinterest

IKATAN Akan Menyambung Semula Perjuangan Tunku

Tunku would not have tolerated racism, says granddaughter - See more at: http://www.themalaysianinsider.com/malaysia/article/tunku-would-not-have-tolerated-racism-says-granddaughter#sthash.TInjXOkf.yy2h1OwG.dpuf
Sokonglah parti IKATAN Nanti

"Tunku Would Not Have Tolerated Racism"
Says Granddaughter

http://www.themalaysianinsider.com/malaysia/article/tunku-would-not-have-tolerated-racism-says-granddaughter


Tunku would not have tolerated racism, says granddaughter

By MOHD FARHAN DARWIS
Published: 15 February 2015 9:00 AM

Sharifah Menjelara Hussein speaking at a forum organised by the Institute for Democracy and Economic Affairs (Ideas) recently on her grandfather, and the nation's founding father, Tunku Abdul Rahman Putra Al-Haj. – The Malaysian Insider pic by Najjua Zulkefli, February 15, 2015.Sharifah Menjelara Hussein speaking at a forum organised by the Institute for Democracy and Economic Affairs (Ideas) recently on her grandfather, and the nation's founding father, Tunku Abdul Rahman Putra Al-Haj. – The Malaysian Insider pic by Najjua Zulkefli, February 15, 2015.Valentine's Day and Chinese New Year may be the focal points of February, but few may remember that this month also marks the birth of the man who led Malaya to independence and who later became the founding prime minister of Malaysia.
Born on February 9, 1903, Tunku played a pivotal role in freeing the country from colonial masters, his years-long struggle for Merdeka immortalised in Malaysia's history books and documents.
In conjunction with Tunku's 112th birthday this year, The Malaysian Insider recently interviewed his granddaughter, YM Sharifah Menjelara Hussien, or Lara, as she prefers to be called.

Tunku, whom Lara fondly referred to as "Tok", would never have compromised with racism and would have put a stop to the racial politics in this country, if he were still alive, she said. "Tok would not have compromised with racism. He was a leader for everyone, and had in the past said every race in this country had contributed to Malaya," she told The Malaysian Insider.
"He also said the independence we achieved was not through his efforts alone, but that of other leaders from among the Chinese, Malay and Indian communities.
"Everyone united to achieve the dream that became a reality in 1957," she said, referring to Malaya's independence that year. Malaysia was only formed in 1963 with Sabah, Sarawak, and Singapore which left after two years.
Lara, who now works at a major local advertising firm, said although Tunku's dream had taken years for him to realise, he would never forget the other leaders who fought by his side.
"So how could he support racial politics when independence was achieved through everyone's efforts?" she said.
Tunku would constantly remind the public that Malaysia's strength lay in the people's unity, and that Malaysians should not allow their differences to tear them apart.
"If that happens, we will fall," said Lara as she recalled her grandfather's words to her.
She added that Tunku had wanted Malaysia to become a model country in the eyes of the world, and to prove Malaysians could live harmoniously with one another in spite of their diversity.
She said her grandfather would be proud of what Malaysia had achieved so far.
"He may be taken aback at how many of the roads in the country are named after the figures who fought for independence.
"But I believe Tok would always care about his rakyat's happiness and unity which he fought for."
Lara said that when the Union Jack was taken down and the national flag of Malaya was raised for the first time to signify the country's independence, Tunku considered all six million citizens as his family.
Lara noted that Toh Puan Umarsundari Sambanthan had once said: "Beside my own father, Tunku is also my father. Regardless of race and religion, he still had time for us".
Umarsundari was the wife of Tun V.T.Sambanthan, one of the nation's founding fathers along with Tunku, and also the fifth president of the Indian-based party, MIC.
"I always believe that each society and culture is a reflection of its leader. If the leader is humble and trustworthy, this is reflected in society," said Lara.
"Justice was the backbone of Tok's leadership. I heard a story on how he had given his jacket to a beggar because the man had no clothes."
Among Tunku's advice to her was that nothing was more valuable in this country than its diversity.
"Politicians come and go, but the country will live on. So let us remember his words: 'without this country and the rakyat of Malaysia, I am nothing'." – February 15, 2015.
- See more at: http://www.themalaysianinsider.com/malaysia/article/tunku-would-not-have-tolerated-racism-says-granddaughter#sthash.TInjXOkf.yy2h1OwG.dpuf
Posted by Dato Wan Malek at 21:36 No comments:
Email ThisBlogThis!Share to XShare to FacebookShare to Pinterest

Perpaduan Pas - UMNO?

 inilah hak tuk him perkasa marah sangat
sampaikan dia suruh bubar umno kelantan

Ayie Prop
45 mins ·
Perpaduan pas-umno?
Ini pandangan dari veterean UMNO dan saya sokong... Salam Perjuangan sahabat VETERAN UMNO PUSAT, hari ini KELAB PENYOKONG KERAJAAN KELANTAN telah bersidang dan memutuskan untok bertemu dgn YAB PM bagi menyerahkan MEMORANDUM yg membawa maksud agar BN TIDAK MELETAKAN CALON DLM PRK DUN CEMPAKA tempat yg dimenangi Allahyarham Dato Nik Aziz Nik Mat atas alasan menghindar pergeseran yg tidak terkawal yg boleh menjejaskan AGENDA PERPADUAN PAS-UMNO yg sudah nampak sinarnya.
Pagi tadi juga dlm SIDANG MEDIA DISUTERA INN KOTA BHARU , YB DATO SERI MUSTAPA MOHAMAD telah memberi pandangan peribadi mengharapkan BN TIDAK MELETAKKAN CALON DIDUN TERSEBUT ATAS ALASAN PERPADUAN DISAMPING INGIN FOKUS KPD KERJA2 MEMBAIKPULIH KEMUSNAHAN DAN KERUSAKAN AKIBAT SUNAMI DARAT DIKELANTAN BARU2 INI.
Justeru itu saya juga terpanggil utk menyokong dan mempunyai pendapat yg sama supaya BN bertindak bijak dgn memberi laluan percuma kpd PAS utk memilih ADUN mereka bagi mengisikan kekosongan.
Adalah amat wajar dan relevan kita berkhemah di Permatan Pauh lawan PKR DAN KERAJAAN DAP HABIS HABISAN. Maka amat wajar BIRO POLITIK VETERAN UMNO PUSAT MENGAMBIL LANGKAH YG SAMA SERTA MENYAMPAIKAN PANDANGAN INI KPD YAB PRESIDAN UMNO yg kita kasihi..serta memberi jaminan Veteran akan turut serta dlm merampas kerusi Parlimen Permatan Pauh nanti. Salam

Shahbudin Hj Embun
Posted by Dato Wan Malek at 21:13 No comments:
Email ThisBlogThis!Share to XShare to FacebookShare to Pinterest

Kian Farmasi Kota Bharu Kelantan

isteri saya dinasihatkan doktor husm supaya beli stokin khas di farmasi untuk merawat sakit kakinya selain daripada makan ubat
dia pun gilah beli di 'Kian Farmasi' di kota bharu depan kwsp
(kedai farmasi cina)
masa beli dah diukur oleh penjualnya
tapi bila balik ada masalah kerana saiz sepatutnya bukan L tetapi XL baru boleh pakai sampai atas
anak perempuan saya pun bawa ke kota bharu untuk minta tukar
malangnya kedai ini tak bagi tukar
sedangkan di resit hanya tertulis tak boleh pulangkan
tak sebut pun tak boleh tukar
nayo
RM60 melayang sebab kena beli hak lain di farmasi lain



Posted by Dato Wan Malek at 01:52 No comments:
Email ThisBlogThis!Share to XShare to FacebookShare to Pinterest

Thursday, 12 February 2015

TGNA Satu Nama Besar

pada satu waktu dulu
saya hadir bersama isteri saya ke satu majlis ceramah anjuran umno bahagian pasir puteh
masa tu saya masih dalam umno dan rapat dengan ketua bahagian
ceramah itu diadakan di sekolah menengah cherang ruku
penceramah jemputan ialah ummi hafilda ali
mengikut makluman beliau datang untuk bercerita tentang kisah beliau dan dsai
oleh kerana namanya agak terkenal pada masa tu
maka ramailah yang datang untuk mendengar
malang sungguh pada malam itu
start2 beliau terus kutuk dan maki hamun tgna
sesuatu yang orang anggap tiada kena mengena dengan tajuk ceramah
kebetulan saya ada handphone nokia
saya rakam ucapannya dari awal sampai akhir termasuk ucapan alu2an ketua bahagian
ucapan ketua bahagian ok walaupun beliau kutuk sesiapa pun kerana sememangnya beliau orang politik
tetapi kalau ummi hafilda yang kutuk
tambah2 terhadapa tgna
bukan sahaja orang pas yang marah
orang umno sendiri pun marah juga
saya ada dengar seorang veteran umno sebelah saya berkata
'kalu mari nak kecek lagu ni, ambo pun buleh'
kerana bagi orang kelantan
lebih baik orang luar yang datang ke kelantan jangan kutuk tgna
tambah2 topik ceramah malam tu tiada kaitan dengan tgna
esoknya
saya terus ke kedai komputer dan salin rakaman saya ke dalam cd
lepas siap saya tulis satu surat kepada pm merangkap presiden umno dan poskan bersama dengan cd itu
saya kata dalam surat itu
lebih baik jangan dibiarkan lagi ummi hafilda datang ke kelantan kalau sekadar datang nak kutuk tgna
lepas tu ummi tak kedengaran datang lagi
dan namanya pun tidak lagi dijulang2 seperti sebelumnya
Posted by Dato Wan Malek at 21:32 No comments:
Email ThisBlogThis!Share to XShare to FacebookShare to Pinterest

Wednesday, 11 February 2015

Anwar Ibrahim 10 Feb 2015


Ojay Khoo added 2 new photos.
6 hrs ·
-- A strongly worded but beautifully crafted statement by Anwar Ibrahim upon the judgement by the Federal Court Feb. 10, 2015.
Anwar Ibrahim
Statement by Anwar Ibrahim upon the judgement of the Federal Court on 10th February 2015
I maintain my innocence of this foul charge - this incident never happened.
This is complete fabrication- coming from a political conspiracy to stop my political career.
You have not given proper consideration to the case presented by my counsel from day one - that this incident never happened at all.
I can go on and on but I see from your statement today that it will be fruitless - it appears as i have been condemned again as I was in the court of appeal. only here we went through a facade of an 8 day hearing!
It is not a coincidence how the of the PM was able to release a full written statement on your decision barely minutes afteryou handed your judgment today even before sentencing.
In bowing to the dictates of the political masters, you have become partners in crime for the murder of judicial independence and integrity. You have sold your souls to the devil, bartering your conscience for material gain and comfort and security of office.
You had the best opportunity to redeem yourselves – to right the wrongs of the past and put the judiciary on a clean slate and carve your names for posterity as true defenders of justice.
But instead you chose to remain on the dark side and drown your morals and your scruples in a sea of falsehood and subterfuge. Know you not that you are now wallowing in filth and foulness and the stench of your injustice will permeate through every nook and cranny of this so-called Palace of Justice and I do pity you all.
Yes, you have passed judgement on me – and I will, again for the third time, walk into prison but rest assured my head will be held high. The light shines on me.
But the shame is on you for you will be judged by history as the great cowards of humanity. Sitting on that high horse of judicial power, you have stooped so low to become the underlings of the political masters.
Students of law and professors of jurisprudence will scrutinise your
judgments and as they dissect your reasoning and your decision, your credibility and integrity will be torn to tatters. And you will be exposed as the fraudsters who don the robe of judicial power only to pervert the course of justice.
Do not forget that, as all of us will have to, you too will have to answer to your Maker. You will have to answer why you turned your backs on the principles that you had so solemnly sworn to uphold.
People who come into your court have to bow their heads and address you as ‘My Lords’ but don’t you know that you too will have to answer to your Lord one day? By then you will need more than bowing and prostration to justify why you wilfully transgressed Allah’s command
as ordained in Surah an-Nisaa, verse 58:
Going to jail, i consider a sacrifice i make for the people of this country.
I have fought most of my life on behalf of the people of this country - for the people I am willing to go to jail or face any other consequence.
My struggle will continue, wherever I am sent and whatever is done to me.
To my friends and fellow Malaysians let me thank you from the bottom of my heart for all the support you have given me. And Allah is my witness. I pledge and I will not be silenced, I will fight on for freedom and justice and I will never surrender!
Anwar Ibrahim
10 Feb 2015




  • Seh Cheng Liang The truth of the reality that this incident never happen.
    4 hrs · Edited · Like · 1
  • Zain Abdullah Anwar Ibrahim's written English is impeccable and poetic...
    4 hrs · Like · 2
  • Robert Ong Excellent English. I wonder how many in Najib's cabinet can speak likewise.
    1 hr · Like · 2
  • Moon L. Chin So sad that our country is degenerating out of control.
    1 hr · Like · 1
  • Zain Abdullah Robert Ong - none can write or speak even with half of this standard
    1 hr · Like · 2
    • Robert Ong You are spot on Zain Abdullah
      39 mins · Like
    • Wan Malek
      Write a comment...

    Posted by Dato Wan Malek at 16:09 No comments:
    Email ThisBlogThis!Share to XShare to FacebookShare to Pinterest

    MAN (Mahathir Anwar Najib)

    Liwat 2: Yang menang Mahathir, yang kalah Anwar dan Najib..

    "Najib juga perlu mengambil kira kesan keputusan itu apabila dia seterusnya mengetuai BN pada pilihan raya akan datang. Tuduhan liwat terhadap Anwar sebelum ini berjaya menarik undi yang besar pada 2013, dan kini hukuman penjara beliau hanya akan memberi lebih banyak undi kepada pembangkang.
    Ketika ini pun, DAP dan PKR mengambil pemimpin muda yang merugikan Umno dan sekutu-sekutunya. Keputusan Anwar akan menambahkan lagi penghijrahan ke PR dan mempercepatkan kematian parti bukan Melayu dalam BN ~ The Malaysian Insider"

     Liwat 2: Yang menang Mahathir, yang kalah Anwar dan Najib..

    Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim akan menjalani hukuman lima tahun penjaranya selepas rayuan terhadap sabitan dan hukuman kes Liwat 2 ditolak Mahkamah Persekutuan di Putrajaya hari ini.

    Kes liwat kedua beliau ini, yang bermula pada 2008, tidak menarik perhatian sebegitu ramai orang seperti mana sokongan diterimanya ketika kes pertama pada 1998, tetapi sokongan terhadapnya dan Pakatan Rakyat (PR) meningkat dalam tahun-tahun yang lalu.

    Walaupun dengan tuduhan liwatnya, Anwar dan PR meraih lebih banyak penyokong di kalangan pengundi semasa pilihan raya umum 2013 (PRU13), merampas 52% undi popular dan sekali lagi menafikan Barisan Nasional (BN) majoriti dua pertiga di Parlimen.

    Berikut pandangan The Malaysian Insider mengenai mereka yang menang dan yang kalah susulan keputusan panel lima hakim Mahkamah Persekutuan hari ini.

    YANG MENANG

    1. Tun Dr Mahathir Mohamad

    Perdana Menteri Malaysia yang paling lama berkhidmat ini memecat Anwar pada 1998, kononnya kerana meliwat dan penyalahgunaan kuasa, walaupun ia dilihat sebagai satu langkah mengekang rampasan kuasa dalam parti.

    Sejak itu, Anwar merupakan musuh politik nombor satu Dr Mahathir, dan dijatuhi hukuman penjara enam tahun pada 1999. Anwar dibebaskan pada 2004 apabila pengganti Dr Mahathir, Tun Abdullah Ahmad Badawi mengambil alih pucuk pimpinan.

    Anwar dan sekutunya menguraikan pegangan BN pada PRU 2008 dan 2013, mengancam legasi Dr Mahathir dan meletakkan beliau dalam perdebatan sebagai bakal perdana menteri.

    Bagaimanapun, sabitannya yang terkini dan hukuman penjara itu mengesahkan beliau tidak akan menjadi perdana menteri.

    Ia juga memberi jalan untuk Dr Mahathir menumpukan kempennya bagi memastikan Umno kekal berkuasa, termasuk menghapuskan pemimpin parti yang dirasakannya tidak sesuai.

    2. Tan Sri Muhammad Shafee Abdullah

    Peguam Umno itu dipilih untuk mengetuai rayuan pihak pendakwa terhadap pembebasan Anwar atas dakwaan liwat oleh Mahkamah Tinggi pada 2012. Beliau berjaya mengetuai pihak pendakwa di kedua-dua Mahkamah Rayuan dan Mahkamah Persekutuan.

    Beliau memenangi kedua-duanya, walaupun popularitinya agak malap baru-baru ini apabila timbul berita mengenai surat jaminan menteri dalam negeri pada anak guamnya Paul Phua, yang menghadapi tuduhan di Amerika Syarikat, membuat pertaruhan Piala Dunia di Internet.

    Terdapat spekulasi mengatakan kekalahan Anwar akan mengukuhkan peluang Shafee menyandang jawatan peguam negara apabila Tan Sri Abdul Gani Patail bersara tahun ini.

    3. Datuk Seri Abdul Hadi Awang

    Presiden PAS ini tidak pernah senang dengan Anwar sejak dahulu sewaktu mereka berada di dalam pergerakan pelajar Angkatan Belia Islam Malaysia (ABIM) pada akhir 70-an.

    Dari segi politik juga, mereka tidak sehaluan apabila Hadi menyertai PAS pada 1978 dan Anwar menyertai Umno pada 1982. Anwar dilihat maju dalam Umno dan kerajaan di bawah pimpinan Dr Mahathir sehingga tahun 1998 apabila beliau dipecat.

    Pemecatan itu menyatukan mereka semula dalam menentang Umno tetapi persaingan antara mereka dan kelebihan Anwar dari segi kebolehannya mengendalikan kedua-dua politik antarabangsa dan dalam negeri, sentiasa meletakkan Hadi di belakang.

    Perubahan kepimpinan Selangor yang dipanggil Langkah Kajang menyaksikan Hadi enggan melayan percaturan dirancang PKR, mengakibatkan kebuntuan dan ketegangan dalam hubungan mereka selama beberapa bulan.

    Dengan Anwar dipenjara, Hadi, seorang yang ultra-konservatif, boleh meraih pengaruh yang lebih besar ke atas PR, yang mungkin akan diketuai Presiden PKR, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail untuk sementara waktu.

    YANG TEWAS

    1. Malaysia

    Negara dengan 30 juta penduduk ini akan lebih berpecah selepas dua pilihan raya yang memecah belahkan mereka, dan dua perbicaraan liwat yang melibatkan Anwar sejak 17 tahun yang lalu.

    Walaupun penyokong Anwar kelihatan kurang pada kes kali ini berbanding ketika beliau disabitkan dengan kes liwat pada tahun 1999, lebih ramai orang mengundi pakatan pembangkang itu berbanding dua pilihan raya sebelum ini.

    Sabitan kesalahan liwat yang terbaru menambah kesuraman yang semakin meningkat di dalam negara yang kini berhadapan dengan pendapatan rendah kesan kejatuhan harga minyak dan minyak sawit selain nilai mata wang yang lemah.

    Ketidakpastian terhadap status kewangan pelaburan strategik negara, 1MDB, mengaburkan lagi ekonomi negara ketika rakyat bersedia menghadapi cukai GST yang tidak popular itu.

    Keputusan terkini kes liwat Anwar juga menarik semula perhatian terhadap badan kehakiman Malaysia dan penghakimannya walaupun Putrajaya dalam hanya 10 minit hari ini, menegaskan badan kehakiman negara bebas dari kuasa eksekutif.

    2. Datuk Seri Anwar Ibrahim

    Beliau mungkin berkata akan meneruskan perjuangan tetapi pemimpin politik yang popular ini akan genap 68 tahun pada Ogos, dan sebarang pelepasan awal hanya akan berlaku selepas 40 bulan, paling awal pun ketika sudah menjangkau 71 tahun.

    Dan dengan halangan menyertai pilihan raya selama lima tahun selepas berakhirnya hukuman penjaranya, Anwar hanya boleh bertanding secara sah apabila berumur 76!

    Dalam erti kata lain, hukuman penjara terkini ini hampir membunuh prospek politiknya.

    3. Datuk Seri Najib Razak

    Bagi perdana menteri, tidak ada orang yang mampu menandinginya baik dalam Umno mahupun BN. Beliau mungkin tidak popular dan prestasinya lebih buruk daripada Abdullah semasa PRU, tetapi beliau tetap satu-satunya pemimpin yang berdaya maju dalam parti pemerintah itu ketika ini.

    Lawannya selama ini hanyalah Anwar, yang suatu masa dulu memimpin Najib dan lain-lain di dalam Pasukan Wawasan ketika pemilihan Umno 1993.

    Tetapi, dengan Anwar di penjara, membuatkan Najib ibarat sasaran mudah kemarahan dan kekecewaan Dr Mahathir yang semakin memuncak terhadap dasar sosial dan ekonomi perdana menteri itu, selain 1MDB yang sarat dibebani hutang yang memberi kesan kepada kerajaan.

    Di peringkat antarabangsa, keputusan Anwar hari ini akan menimbulkan lebih banyak kritikan daripada pemimpin dunia yang selama ini kagum dengan kesederhanaan Najib. Mereka sememangnya bimbang dengan tindakannya berhubung Akta Hasutan, dan keputusan kes Anwar ini akan terus menghakis kepercayaan mereka terhadap perdana menteri ini dalam agenda pembaharuannya.

    Najib juga perlu mengambil kira kesan keputusan itu apabila dia seterusnya mengetuai BN pada pilihan raya akan datang. Tuduhan liwat terhadap Anwar sebelum ini berjaya menarik undi yang besar pada 2013, dan kini hukuman penjara beliau hanya akan memberi lebih banyak undi kepada pembangkang.

    4. Umno dan Barisan Nasional

    Ketidakadilan yang dilihat di dalam keputusan Anwar, dan kurangnya tindakan yang diambil dan hukuman penjara yang panjang terhadap individu di dalam kerajaan yang dikatakan terlibat rasuah, hanya akan menolak orang ramai jauh dari Umno dan parti BN yang lain.

    Umno sendiri terbeban dengan tindakan sesetengah pemimpinnya yang mahu mengekalkan kuasa dan menolak penyertaan pemimpin politik muda dalam pertandingan bagi jawatan parti atau kerajaan. Keputusan Anwar hanya akan menarik mereka menyertai PR dan bergerak ke atas dengan lebih cepat.

    Begitu juga dengan parti komponen BN yang lain, di mana perbalahan dalaman dan pemimpin lama enggan memberi laluan kepada ahli yang lebih muda, hanya akan menjauhkan rakyat Malaysia yang sedar akan hak mereka dan dapat lebih pengaruh melalui media sosial.

    Ketika ini pun, DAP dan PKR mengambil pemimpin muda yang merugikan Umno dan sekutu-sekutunya. Keputusan Anwar akan menambahkan lagi penghijrahan ke PR dan mempercepatkan kematian parti bukan Melayu dalam BN ~ The Malaysian Insider

    http://darisungaiderhaka.blogspot.com/2015/02/liwat-2-yang-menang-mahathir-yang-kalah.html?spref=fb
    Posted by Dato Wan Malek at 00:34 No comments:
    Email ThisBlogThis!Share to XShare to FacebookShare to Pinterest
    Newer Posts Older Posts Home
    Subscribe to: Posts (Atom)

    Followers

    Blog Archive

    • ▼  2015 (482)
      • ►  December (3)
      • ►  September (63)
      • ►  August (53)
      • ►  July (87)
      • ►  June (70)
      • ►  May (53)
      • ►  April (58)
      • ►  March (56)
      • ▼  February (26)
        • Apa Erti Sebenar PRK DUN Chempaka?
        • Sengkuan Calit Oldtime
        • Kereta Presiden IKATAN?
        • Parti Ikatan Bangsa Malaysia atau IKATAN
        • UMNO Kelantan Menyerah Kalah Sebelum Berjuang
        • Dato' Seri Rashid Maidin
        • IKATAN Akan Menyambung Semula Perjuangan Tunku
        • Perpaduan Pas - UMNO?
        • Kian Farmasi Kota Bharu Kelantan
        • TGNA Satu Nama Besar
        • Anwar Ibrahim 10 Feb 2015
        • MAN (Mahathir Anwar Najib)
        • Komen Pilihan Dari Facebook
        • Komen Pilihan Dari Facebook
        • Mana Satu Pilihan? - IKATAN?
        • Pendakwah Yang Nak Jadi Orang Politik
        • Pemimpin dan Gangguan
        • Pedihnya - A. Samad Said
        • Parti IKATAN Akan Dilancarkan Tak Lama Lagi
        • Allahyarham Datuk Hj Wan Najib Pasir Puteh
        • Anda Pandai Tengok Panda?
        • BRIM Di Pasir Puteh
        • IKATAN Yang Baru Kearah Perpaduan Semula Rakyat Ma...
        • Nasib Peniaga-Peniaga Lama Hentian Putra
        • Mendemokrasikan Semula Malaysia
        • amaran dulu ini yang saya suka dengan tan sri igp ...
      • ►  January (13)
    • ►  2014 (397)
      • ►  December (19)
      • ►  November (24)
      • ►  October (69)
      • ►  September (52)
      • ►  August (73)
      • ►  July (48)
      • ►  June (29)
      • ►  May (32)
      • ►  April (18)
      • ►  March (11)
      • ►  February (4)
      • ►  January (18)
    • ►  2013 (360)
      • ►  December (24)
      • ►  November (40)
      • ►  October (55)
      • ►  September (78)
      • ►  August (37)
      • ►  July (43)
      • ►  June (28)
      • ►  May (19)
      • ►  April (21)
      • ►  March (3)
      • ►  February (3)
      • ►  January (9)
    • ►  2012 (91)
      • ►  December (13)
      • ►  November (10)
      • ►  October (10)
      • ►  September (6)
      • ►  August (18)
      • ►  July (13)
      • ►  June (6)
      • ►  May (3)
      • ►  April (5)
      • ►  March (5)
      • ►  February (2)
    • ►  2011 (139)
      • ►  December (4)
      • ►  November (5)
      • ►  October (14)
      • ►  September (28)
      • ►  August (39)
      • ►  July (23)
      • ►  June (26)
    Simple theme. Powered by Blogger.