Sunday 24 May 2015

UMNO vs PAS Di Semerak



Orang Semerak tak ambil kisah sangat tentang isu2 besar yang timbul.
Mereka orang kampung yang tidak faham dan tahu apa2.
Sebab itu pada masa ini, peratusan pengundi mengikut parti masing2 masih lagi kekal sepertimana PRU13.
Peratusan pengundi UMNO/BN masih lagi seperti biasa iaitu melebihi PAS.
Pengundi BN masih kekal dengan sikap menyokong BN walau apa pun isu yang timbul di peringkat nasional.
Mereka tetap mahukan wakil dari kerajaan pusat kerana tiada apa yang boleh diharapkan dari kerajaan negeri.
Bagi orang2 PAS yang telah berpaling tadah dalam PRU13 pula, mereka masih kekal dengan sikap mahu menyokong lagi BN kerana tidak yakin dengan kepimpinan PAS yang dianggap telah mengkhianati mereka.
Mereka boleh berubah memberikan sokongan kepada PAS semula hanya jika calon yang akan bertanding nanti bukan orang lama yang sama.

No comments:

Post a Comment